NOTA 95 : 5 LANGKAH TENTUKAN UNTUNG UNTUK DIRI SENDIRI

sepanjang penglibatan saya dengan Public Gold, saya sendiri yang tentukan untung saya, bukan ejen, bukan kawan, bukan guru, bukan isteri dan bukan sesiapa, tetapi SAYA SENDIRI
kongsi artikel ini

Alhamdulillah. Selamat malam semua 😬

Seharian duk fikirkan tajuk apa yang boleh dikongsikan kepada sahabat semua. Payah juga nak menulis rupanya 😝. Saya boleh je tulis yang biasa-biasa atau yang mengarut-ngarut, tapi tulisan yang lahir dari hati dan jiwa itu lebih mulia dan akan dipermudahkan Allah Taala. Niat saya satu je, nak kongsi ilmu yang boleh dimanfaatkan oleh sahabat semua.

Ok, malam ni saya pilih tajuk “KITA YANG TENTUKAN UNTUNG KITA SENDIRI”. Ya, sepanjang penglibatan saya dengan Public Gold, saya sendiri yang tentukan untung saya, bukan ejen, bukan kawan, bukan guru, bukan isteri dan bukan sesiapa, tetapi SAYA SENDIRI.

Macam mana?

✅ Langkah 1 : mulakan belian. Tanpa belian, semuanya berada di awang-awangan je. Sekadar angan-angan. Lepas baca, baca, lepas like, like. Habis macam tu aje. Sedar-sedar dah cukup setahun, masa habis macam tu aje 😬

✅ Langkah 2 : fokus untuk membuat simpanan 100g yang pertama. Tak kira guna kaedah apa pun. Janji cukup 100g. Boleh mula dengan RM100 / 1 gram / 5 gram / 10 gram / 20 gram / 50 gram ataupun terus beli 100 gram. Kalau boleh buat belian hingga dapat jadi dealer lagi baik. Tapi ingat, jangan paksa. Ikut kemampuan masing-masing. Duit belian emas tersebut tak akan hangus pun sampai bila-bila, ia hanya tukar medium sahaja. Anytime kalau jual balik emas, duit tersebut akan boleh dikembalikan.

✅ Langkah 3 : sementara menunggu simpanan emas penuh / kenaikan harga yang menguntungkan, kita bolehlah belajar / cuba-cuba untuk kongsikan informasi emas dan pengalaman menarik yang telah dilalui kepada sahabat handai, sanak saudara atau kenalan-kenalan baru. Dengan cara ini kefahaman kita berkaitan dengan emas akan makin bertambah mantap dari masa ke semasa. Boleh gunakan pelbagai medium yang ada hari ini terutamanya media sosial.

✅ Langkah 4 : Jika ada tambahan / lebihan duit dari mana-mana punca, bolehlah terus tambah simpanan emas untuk 150 gram yang seterusnya. Sedar-sedar dah dapat simpan 250g emas. Untuk makluman, 4 tahun lepas harga 250g adalah sekitar RM40k. Tapi pada tahun 2020, harga 250g tersebut sudah meningkat kepada RM67k. Nampak tak? Simpan senyap pun, simpanan emas tadi dah boleh jana keuntungan besar.

✅ Langkah 5 : Jika ada peluang buat urusniaga / jual beli emas sesama kawan, keluarga atau sesiapa sahaja yang berminat, jangan lepaskan walaupun sekadar 1 gram. Dari situ kita akan memperolehi pengalaman menjalankan urusniaga. Ramai sahabat saya yang jual jongkong emas 1 gram 1 gram 1 gram tetapi sangat mampu menampung perbelanjaan diri dan keluarga setiap bulan dengan baik.

Public Gold telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk dimanfaat oleh pembeli emas. Dengan adanya perniagaan online 247, mentor yang berpengalaman, sistem jual beli yang efisyen, insentif yang lumayan dan peluang yang terbuka luas, kita mampu mencipta kejayaan kita dengan hasil usaha sendiri. Kita yang tentukan untung kita sendiri.

Kesimpulannya;

🔴 Dari langkah 2 hingga 5, kita mampu jana pendapatan aktif dan pasif sepanjang hidup kita. Mulakan dengan tindakan! Kongsi ilmu, kongsi rezeki.

Kongsilah artikel ni kepada sahabat-sahabat yang lain!

No. 1 adalah bayaran insentif dari PG Mall 2. No. 2 adalah bayaran insentif dari PG biasa

Like facebook @rtechampion
Penafian: Artikel yang diterbitkan berdasarkan kepada pengalaman penulis. Tidak dibenarkan untuk ‘copy and paste’ sebarang artikel yang diterbitkan dan dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya masih berhasrat untuk komersilkannya, hubungi penulis di support.notaemas.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.