NOTA 96 : KISAH PART TIMER YANG SEPENUH MASA BERSAMA PUBLIC GOLD

Alhamdulillah, setelah 12 tahun bersama PG, kami berdua masih lagi sebagai Part Timer PG dan Insyaallah rekod ini akan kekal sampai bila-bila selagi diizinkan Allah Taala
kongsi artikel ini

Selamat malam semua. Malam ni kita santai-santai dah lah ye 😬. Saya nak bawak satu cerita pasal saya dan sahabat saya Hafizul Hakim yang jadi PART TIMER di dalam keluarga Public Gold.

Kami berdua dah ada kerja tetap masing-masing. Saya dalam bidang IT di Terengganu, manakala Hafizul dalam bidang kejuruteraan di Sarawak.

Kami jarang jumpa secara face to face disebabkan faktor komitmen kerja dan kekangan masa. Selalu jumpa kat FB je 😬

Antara kechi word yang selalu jadi bahan lawak antara kami berdua adalah β€œ…dah..dah..kita ni part time aje..dah ok dah tu, orang full time pun bla bla bla bla…” 😬😝. Kata-kata ni yang menjadikan kami kuat dan bertahan sampai sekarang 😜

Kami bermula agak awal, sekitar tahun 2008-2009. Ketika itu, muka kami antara muka wajib setiap minggu di Public Gold Relau, Penang. Hafizul terbang dari Kuching, saya drive dari Terengganu ke Penang. Setiap kali ke Penang, masing-masing mesti bawak berbundle-bundle kertas sales order untuk collect stok emas peribadi dan sahabat-sahabat lain.

Kalau terserempak dengan Mr. Louis Ng (waktu tu lom dpt Dato’), mesti kami diberikan fast lane untuk collect stok. Waktu tu kami tak kenal lagi dan bawak hal masing-masing je semasa di Penang. Kami mulai kenal rapat sejak hadir program-program anjuran PG termasuk trip-trip percuma luar negara yang dihadiahkan oleh PG.

Alhamdulillah, hari ini kami dah boleh rasa sedikit berbangga melihat hasil susah payah yang kami lalui satu ketika dahulu. Waktu tu, outlet PG hanya di Penang sahaja. Kat KL pun baru nak tengah bukak. Tapi sekarang, outlet PG dah ada merata tempat. Setiap negeri ada 1 outlet untuk memudahkan pelbagai urusan jual beli emas. Jadi, orang-orang baru patut bersyukur dengan kemudahan yang telah disediakan.

Alhamdulillah, setelah 12 tahun bersama PG, kami berdua masih lagi sebagai Part Timer PG dan Insyaallah rekod ini akan kekal sampai bila-bila selagi diizinkan Allah Taala. Kami nak buktikan bahawa Part Timer juga mampu berjaya dengan baik.

Kesimpulannya, walaupun apa pun status semasa kita, kita jangan bimbang, kita jangan gelabah, kita jangan takut atau malu, kita tak perlu jadikan ia sebagai satu asbab atau alasan untuk tidak berjaya dengan Public Gold. Kita yang kawal diri kita dan kita juga yang mampu menjadikan diri kita seorang yang hebat atau sebaliknya.

Do the best, Allah will do the rest, Insyaallah. Wan Mohd Wazir – Part Timer PG 😬☺️

Like facebook @rtechampion
Penafian: Artikel yang diterbitkan berdasarkan kepada pengalaman penulis. Tidak dibenarkan untuk ‘copy and paste’ sebarang artikel yang diterbitkan dan dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya masih berhasrat untuk komersilkannya, hubungi penulis di support.notaemas.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.