Yes! Ramai yang tidak tahu kaedah untuk jadikan harga emas yang dimiliki sentiasa rendah dan kekal relevan.
Setiap kali berlakunya kenaikan harga dan penurunan harga emas, masing-masing kecut perut, seolah-olah macam hilang simpanan emas. Padahal nilai semasa sahaja yang turun naik, tetapi GRAM EMAS yang terkumpul masih sama. Tidak hilang apa-apa pun. Itulah yang membezakan simpanan emas dengan simpan duit! SIMPANAN GRAMNYA KEKAL!
Ok. Kaedah yang paling sesuai digunakan di kala harga emas tinggi dan rendah adalah KAEDAH PEMURATAAN KOS. Apa itu pemurataan kos? Pemurataan kos adalah satu teknik yang digunakan untuk mengimbangi semula semua harga pembelian emas sama ada rendah, sederhana atau tinggi. Caranya mudah sahaja. Ikuti kaedah di bawah.
Wazir beli;
1. 10 gram (pertama) – RM1800 (Nov 19)
2. 10 gram (ke-2) – RM1500 (Jan 20)
3. 10 gram (ke-3) – RM2200 (Feb 20)
4. 10 gram (ke-4) – RM2500 (April 20)
5. 10 gram (ke-5) – RM2700 (Jun 20)
Apa yang perlu Wazir buat sekarang?
1. Campurkan kelima-lima harga pembelian emas 10 gram tersebut. Jumlahnya RM10,700.
2. RM10,700 tersebut perlu dibahagikan kepada 5. Sebabnya, Wazir sudah melakukan pembelian sebanyak 5 kali. Jumlahnya RM2140.
3. Akhirnya, kos yang Wazir dapat untuk semua pembelian yang dilakukan sepanjang November 2019 hingga Jun 2020, di kala harga rendah dan harga tinggi adalah sebanyak RM2140.
4. Semua harga pembelian emas yang Wazir miliki sekarang adalah RM2140, hatta harga semasa mencatatkan kos belian setinggi RM2700 untuk 10 gram. Ia tetap murah!
Nampak?
Senang hati?
Berani beli bila-bila masa?
Jadilah bijak macam Wazir! Ehh..
Yang Bijak,Wan Mohd Wazir
– Blog : WanMohdWazir.com
– Daftar & Beli : WanMohdWazir.com/daftarpercuma
– Khidmat nasihat : www.wasap.my/+60199362935/