NOTA 17 : DAH BELI EMAS, NAK SIMPAN MANA?

Umumnya ia boleh dipecahkan kepada 2 kategori iaitu simpanan percuma dan simpanan berbayar.
kongsi artikel ini

Menarik kupasan kali ni. Soalan ini juga menjadi pertanyaan paling hot yang diajukan kepada saya.

Nak simpan mana?

Saya senaraikan lokasi yang selamat untuk simpanan. Saya bahagikan kepada 2 kategori iaitu simpanan percuma dan simpanan berbayar.

✅ Simpanan Percuma!
1. Diri sendiri tentukan di mana tempat yang paling selamat. Jangan bagitahu sesiapa kecuali waris (jika perlu).

2. Simpan di dalam rumah. Pilih tempat mana yang dirasakan selamat dalam rumah.

3. Simpan di pejabat. Kalau rasa selamat, boleh simpan di mana-mana lokasi dalam pejabat.

4. Akaun emas Gold Accumulation Program (GAP) Public Gold. Pembeli boleh beli emas fizikal dan terus simpan di Public Gold dengan percuma. Tiada batasan. Emas fizikal boleh dikeluarkan bila-bila masa waktu operasi bermula hari Isnin hingga Jumaat, jam 9 pagi hingga 5 petang. Pembeli akan diberikan kod dan kata laluan untuk membuat semakan secara online. Melalui GAP juga, pembeli boleh membeli dan menambah emas secara online. Proses jualan emas juga boleh dijalankan secara online. Duit jualan balik akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah didaftarkan. Mudah kan?

✅ Simpanan Berbayar!
1. Sewa Peti Simpanan Bank. Sewaan peti serendah RM200 hingga RM2000 setahun bergantung kepada pakej dan saiz peti. Sesetengahnya dah termasuk insurans. Hampir semua bank ada menyediakan perkhidmatan ini di bandar-bandar utama setiap negeri. Kena hubungi bank.

2. Peti Simpanan syarikat yang menjalankan urusniaga sewaan peti simpanan. Sewaan serendah RM200 hingga RM2000 setahun bergantung kepada pakej dan saiz peti. Sesetengahnya dah termasuk insurans. Biasanya syarikat ini wujud di lokasi-lokasi hotspot di bandar-bandar utama sahaja. Public Gold juga tidak ketinggalan menyediakan perkhidmatan ini di Public Safe : www.publicsafe.com.my.

3. Pajak Gadai ArRahnu. Ada juga pemilik emas yang membuat simpanan emas di Pajak Gadai ArRahnu. Betul ke cara ni? Ia terpulang kepada kesesuaian niat masing-masing. Simpanan emas di Pajak Gadai ArRahnu tidak dipanggil simpanan seperti di atas, ia adalah berkonsepkan pinjaman wang yang bercagarkan emas. Tempoh masanya adalah 6 bulan dan boleh disambung-sambung. Bila sampai masa, semua emas yang digadai hendaklah ditebus sebelum tindakan lelongan dibuat jika tidak memenuhi syarat-syarat perjanjian yang telah ditetapkan.

Apa pun tindakan kita, langkah pertama yang perlu diambil adalah buat kunci kira-kira sendiri dahulu berdasarkan bajet masing-masing. Insyaallah ada jalan terbaik untuk simpanan emas kita.

Wazir buat dan pilih yang mana?

Saya pilih Akaun Emas GAP Public Gold. Ia Percuma! Hati senang, emas terus bertambah! 😬❤️😁

Wan Mohd Wazir
– Blog : WanMohdWazir.com
– Daftar & Beli : WanMohdWazir.com/daftarpercuma
– Khidmat nasihat : www.wasap.my/+60199362935/

Like facebook @rtechampion
Penafian: Artikel yang diterbitkan berdasarkan kepada pengalaman penulis. Tidak dibenarkan untuk ‘copy and paste’ sebarang artikel yang diterbitkan dan dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya masih berhasrat untuk komersilkannya, hubungi penulis di support.notaemas.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.