NOTA 25 : 21 PERKARA SALAH FAHAM TENTANG PUBLIC GOLD (SIRI 1)

21 perkara yang selalu menjadi salah faham tentang Public Gold
kongsi artikel ini

Saya bertalu-talu diajukan pasal ni. Untuk memudahkan semua pihak buat rujukan, saya senaraikan secara hitam putih 21 perkara yang selalu menjadi salah faham tentang Public Gold iaitu;

1. STATUS SYARIKAT – Public Gold ni bank ke? Institusi kewangan ke? Syarikat skim cepat kaya ke? Scammer ke? Atau Syarikat jualan langsung MLM?

✅ Jawapan : PG adalah syarikat yang menjalankan jual beli emas fizikal macam kedai emas. Kedai emas hanya berskala kecil, PG adalah berskala yang lebih besar dari tu.

2. JUAL & BELI – Nanti kalau dah beli emas dekat PG, kita nak jual kat mana? Ada ke yang beli?

✅ Jawapan : Jual dekat mana kita beli. Beli dekat PG, jual pun dekat PG lah. Nak jual kat tempat lain pun boleh, tiada halangan. Semua tempat yang buat jual beli emas pasti beli. Cuma kita kena berhadapan dengan isu harga lah nanti. Ada tempat mungkin beli dengan harga tinggi dan ada tempat mungkin beli dengan harga rendah. Biasalah. Semua orang berniaga. Faham-faham ajelah ye 😬

3. KETULENAN – Betul ke emas PG ni tulen? Apa bukti? Bagaimana saya nak tahu?

✅ Jawapan : Semua emas keluaran PG telah diuji secara teknikal dan disahkan oleh assayer (pihak ketiga) yang bertauliah. Semua belian emas PG disertakan kad pengesahan ketulenan (surat beranak beserta dengan nombor siri khas) sebagaimana gambar disertakan.

4. JUALAN LANGSUNG – Dah beli emas ni, kena buat jualan dan promosi apa-apa ke?

✅ Jawapan : Tak pernah ada satu syarat pun, bila dah beli emas PG, semua orang wajib buat jualan dan promosi. Beli, simpan dan lupakan, tak ada sapa-sapa marah pun.

5. EMAS FIZIKAL – Kalau kita beli emas, emas tu kita pegang sendiri tak?

✅ Jawapan : Dengan PG, beli emas dapat emas fizikal. Masing-masing pegang, simpan sendiri dan urus je sendiri. PG hanya jual dan beli semula emas daripada pelanggan tanpa apa-apa syarat.

6. KOMITMEN – Wajib beli setiap bulan ke? Macam skim-skim yang dah ada tu laaa..

✅ Jawapan : Tiada. Langsung tiada. Sendiri ada duit, sendiri buat, sendiri urus sendiri dan sendiri sendiri sendiri sendiri yang lain. Ada duit beli dan simpan. Tak ada duit, senyap 😬😝

7. BONUS BULANAN – Kalau beli kali pertama ni, ada dapat apa-apa bonus secara bulanan tak macam kita dapat gaji tu?

✅ Jawapan : Tiada. Beli emas hanya dapat emas je. Saya ulang, beli emas hanya dapat emas je.

Bersambung ke siri ke-2 selepas ini —> (bit.ly/PGsiri2)

Semoga memberi manfaat kepada semua.

Saya doakan kalian diberikan kejayaan, Insyaallah.

Like facebook @rtechampion
Penafian: Artikel yang diterbitkan berdasarkan kepada pengalaman penulis. Tidak dibenarkan untuk ‘copy and paste’ sebarang artikel yang diterbitkan dan dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya masih berhasrat untuk komersilkannya, hubungi penulis di support.notaemas.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.