Alhamdulillah. Sepanjang hari ini saya ditazkirahkan dengan 1 perkara yang paling susah nak dilakukan. Tahu tak apa perkara paling susah nak dilakukan? Cuba jawab..
Jawapannya adalah TINDAKAN PERTAMA. Inilah antara perkara paling susah. Betul tak? Tetapi bila dah berjaya robohkan halangan kepada tindakan pertama ni, kita akan lebih mudah untuk melakukan tindakan-tindakan lain selanjutnya selepas itu.
Bagaimana nak mulakan TINDAKAN PERTAMA? Ada 2 langkah penting iaitu;
1. Berhenti bagi alasan dan;
2. Mulakan tindakan dengan segera.
Apabila 2 langkah ini berjaya dipenuhi, Insyaallah tindakan-tindakan atau langkah-langkah seterusnya akan menjadi lebih mudah. Perkara yang besar akan jadi kecil.
Tahniah kepada “guru saya” yang berjaya menterjemahkan hasratnya hari ini untuk memulakan simpanan emas untuk masa depan anak-anaknya.

Nilai wang dilihat begitu kecil jika nak dibandingkan dengan manfaat akan yang dinikmati kelak. Semoga terus diberikan kejayaan dan rezeki yang melimpah ruah, Insya-Allah.