NOTA 26 : 21 PERKARA SALAH FAHAM TENTANG PUBLIC GOLD (SIRI 2)

21 Perkara Yang Selalu Menjadi Salah Faham Tentang Public Gold (Bahagian Kedua)
kongsi artikel ini

Sebelum ini, 7 perkara salah faham tentang Public Gold telah saya huraikan di dalam Siri 1 sebelum ini;

1. ✳️ Status syarikat

2. ✳️ Jual & beli

3. ✳️ Ketulenan

4. ✳️ Jualan langsung

5. ✳️ Emas fizikal

6. ✳️ Komitmen

7. ✳️ Bonus bulanan

Sekarang, kita cuba tengok 7 perkara lain yang seterusnya yang selalu menjadi salah faham tentang Public Gold di kalangan penggemar baharu emas iaitu;

8. KEUNTUNGAN – Adakah Public Gold menjanjikan apa-apa keuntungan hasil belian emas tersebut?

✅ Jawapan : Public Gold hanya buat jualan emas dan tidak menjanjikan apa-apa keuntungan hasil daripada belian tersebut.

9. LESEN & KELULUSAN – Public Gold ni ada lesen perniagaan tak? Ada kelulusan jual beli emas tak? Contohnya dari kementerian ke, dari Bank Negara Malaysia ke?

✅ Jawapan : Public Gold memang mempunyai lesen perniagaan yang sah. Oleh kerana operasi jualan emas Public Gold adalah sama sepertimana operasi jualan emas di kedai emas biasa, maka tidak perlu mendapatkan apa-apa surat khas dari kementerian mahupun Bank Negara Malaysia untuk menjalankan urusniaga emas.

10. SISTEM PIRAMID – Public Gold ni mengamalkan Sistem Piramid tak?

✅ Jawapan : Public Gold tidak mengamalkan apa-apa skim termasuk Skim Piramid. Public Gold hanya melantik peniaga-peniaga (dealer) sebagai jurujual bagi pihak mereka dan peniaga-peniaga ini dibayar upah melalui bayaran insentif bulanan.

11. HARGA JUALAN – Adakah harga belian emas yang ditetapkan oleh Public Gold lebih mahal daripada harga pasaran di Malaysia?

✅ Jawapan : Harga belian emas Public Gold adalah di paras harga yang sangat patut. Begitu juga dengan harga jualan semula emas PG, ianya lebih tinggi berbanding harga jualan emas di kedai-kedai emas yang lain.

12. PELABURAN – Adakah Public Gold menyediakan apa-apa skim pelaburan khas / pakej khas untuk urusniaga emas?

✅ Jawapan : Public Gold tidak menyediakan apa-apa skim pelaburan emas. Public Gold hanya jual emas fizikal kepada pembeli.

13. TRANSAKSI – Lepas beli emas, wajib jual semula atau tidak?

✅ Jawapan : Semua belian emas menjadi hak milik kekal pembeli. Semua urusan jualan semula emas bergantung kepada keperluan pembeli. Ia tiada kaitan dengan Public Gold.

14. PATUH SYARIAH – Pembelian emas Public Gold ni patuh syariah tak? ada Sijil Patuh Syariah tak?

✅ Jawapan : Semua proses pembelian emas Public Gold diaudit oleh badan bebas bagi memenuhi dan mematuhi syarat-syarat patuh syariah. Public Gold telah diberikan Sijil Patuh Syariah oleh Pakar Penasihat Syariah Amanie Advisors Sdn. Bhd.

Bersambung ke siri ke-3 selepas ini —> (bit.ly/PGsiri3)

Semoga memberi manfaat kepada semua.

Saya doakan kalian diberikan kejayaan, Insyaallah.

Like facebook @rtechampion
Penafian: Artikel yang diterbitkan berdasarkan kepada pengalaman penulis. Tidak dibenarkan untuk ‘copy and paste’ sebarang artikel yang diterbitkan dan dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya masih berhasrat untuk komersilkannya, hubungi penulis di support.notaemas.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.