NOTA 83 : DINAR EMAS 916 PUBLIC GOLD

kongsi artikel ini

Alhamdulillah. Salam Subuh dan Selamat Pagi untuk semua. Cantik betul dinar emas 916 keluaran lama Public Gold. Inilah keluaran / edisi pertama dinar emas Public Gold.

Untuk keluaran / edisi pertama ini, Public Gold memperkenalkan edisi emas yang berketulenan 916. Sekarang edisi ini sudah tidak dijual oleh PG, tetapi PG masih membeli balik semua dinar emas ini dengan menggunakan harga semasa emas 916. Best! 😬

Jika ada yang ingin membelinya, bolehlah membeli daripada dealer-dealer atau orang perseorangan yang memilikinya. Seingat saya, dahulu (2008-2009) harga permulaan yang pernah saya beli adalah sekitar RM400 untuk sekeping 1 dinar 4.25g. Sekarang, Masyaallah RM1030 sekeping untuk 1 dinar 4.25g. Best kan! 😬

✅ Jom kenali emas 916

🔴 Mempunyai kandungan emas 91.6%

🔴 Selebihnya 8.4% terdiri daripada campuran besi, tembaga, aluminium dan lain-lain

🔴 Dikenali juga sebagai emas 22K @ 22 karat

🔴 Buatan lebih kemas dan tahan lasak

🔴 Harga lebih murah

🔴 Mudah dibeli

🔴 Paling popular di kalangan peminat barang kemas

✅ Berikut adalah spesifikasi ringkas dinar emas 916 keluaran / edisi pertama Public Gold;

Nama             : 5 Dinar (1, 2 & 10 dinar juga ada dijual)

Berat              : 21.25 gram

Ketulenan      : emas 916

Saiz                : Diameter 32mm

Harga belian  : RM1030 sekeping (ikut harga semasa)

Keluaran        : Public Gold keluaran / edisi 1

Assayer          : Ada cop penilai ketulenan bertauliah

Itu je untuk pagi ni. Terima kasih kerana baca dan berkongsi. Selamat Maju Jaya.

Like facebook @rtechampion
Penafian: Artikel yang diterbitkan berdasarkan kepada pengalaman penulis. Tidak dibenarkan untuk ‘copy and paste’ sebarang artikel yang diterbitkan dan dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya masih berhasrat untuk komersilkannya, hubungi penulis di support.notaemas.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.