NOTA 182 – PUBLIC GOLD BAYAR INSENTIF DEALER 4 KALI SEBULAN

Semua insentif perniagaan ini boleh diwarisi oleh sesiapa sahaja yang dinamakan di dalam sistem Public Gold. Pewaris akan terus menikmatinya tanpa sekatan. Insyaallah.
kongsi artikel ini

Alhamdulillah. Selamat Pagi semua. Pagi ini saya akan cerita secara ringkas berkaitan dengan insentif dealer Public Gold.

Insentif yang diberikan oleh Public Gold adalah berbentuk perkongsian keuntungan di antara dealer atau lebih dikenali dengan nama Public Gold Business Owner (PGBO) hasil daripada keuntungan urusniaga emas dan perak.

Semua dealer Public Gold sama ada Normal Dealer, Priority Dealer dan Master Dealer akan dibayar insentif bulanan mengikut bahagian masing-masing.

Manakala jumlah kekerapan bayaran insentif Public Gold adalah sebanyak 4 kali sebulan (contoh bayaran insentif adalah seperti gambar yang dilampirkan) iaitu;

✅ 1. Setiap 20hb – 2 kali iaitu bayaran pertama sebanyak RM100 akan dibayar dalam C-Wallet dan bayaran kedua dalam akaun bank masing-masing mengikut jumlah yang telah dicapai pada bulan sebelumnya. Bayaran insentif yang terlibat adalah semua belian atau jualan balik emas dan perak di bawah kelolaan Public Gold Marketing.

✅ 2. Setiap 25hb – 2 kali iaitu bayaran pertama sebanyak RM100 akan dibayar dalam C-Wallet dan bayaran kedua dalam akaun bank masing-masing mengikut jumlah yang telah dicapai pada bulan sebelumnya. Bayaran insentif yang terlibat adalah semua belian emas, perak, barang kemas, aksesori dan barang-barang keperluan harian lain di bawah kelolaan PG Mall.

Terdapat 7 jenis insentif yang disediakan oleh Public Gold sepertimana berikut;

✅ 1. Insentif Referral (1% – 2%)

✅ 2. Insentif Overriding (0.5%)

✅ 3. Insentif Supervisory (0.15%)

✅ 4. Insentif Buyback (0.3%)

✅ 5. Insentif Group Sales (0.1%)

✅ 6. Insentif KOL (1% – 5%)

✅ 7. Insentif Million Dollar Leg (min RM1000)

Daripada 7 jenis insentif di atas, Public Gold telah membuat pembahagian mengikut 3 jenis kategori dealership iaitu;

✅ 1. Dealership 1 – Normal Dealer : Dealer akan dibayar insentif peribadi sebanyak 1% atas jumlah belian emas dan perak daripada belian peribadi dan pelanggan di bawahnya. Public Gold juga memberikan insentif lain yang melibatkan overriding sebanyak 0.5%, supervisory sebanyak 0.15% dan jualan balik (buyback) sebanyak 0.3%.

✅ Dealership 2 – Priority Dealer : Dealer akan dibayar insentif peribadi sebanyak 1.5% atas jumlah belian emas dan perak daripada belian peribadi dan pelanggan di bawahnya. Public Gold juga memberikan insentif lain yang melibatkan overriding sebanyak 0.5%, supervisory sebanyak 0.15% dan jualan balik (buyback) sebanyak 0.3%. 

✅ Dealership 3 – Master Dealer : Dealer akan dibayar insentif peribadi sebanyak 2% atas jumlah belian emas dan perak daripada belian peribadi dan pelanggan di bawahnya. Public Gold juga memberikan insentif lain yang melibatkan overriding sebanyak 0.5%, supervisory sebanyak 0.15%, jualan balik (buyback) sebanyak 0.3%, group sales sebanyak 0.1% dan Millions Dollar Leg sebanyak RM1000 (minimum).

Alhamdulillah. Banyak rezeki insentif yang diberikan oleh Public Gold kepada dealer-dealer berdaftar yang aktif setiap bulan.

Semua insentif perniagaan ini boleh diwarisi oleh sesiapa sahaja yang dinamakan di dalam sistem Public Gold. Pewaris akan terus menikmatinya tanpa sekatan. Insyaallah.

Pendapatan yang diperolehi ini boleh dikategorikan kepada 2 jenis pendapatan iaitu pendapatan aktif dan pendapatan pasif.

Ada juga di kalangan kita yang hanya menjadi dealer Public Gold semata-mata untuk mendapat harga diskaun (rebet tunai dalam bentuk insentif) atas semua belian emas dan perak milik peribadi masing-masing. Public Gold tetap meraikannya tanpa pilih kasih.

Apa-apa pun, semuanya atas inisiatif dan perancangan masing-masing. Tidak ada apa-apa paksaan dan komitmen yang wajib ditunaikan sama ada di pihak dealer mahupun di pihak Public Gold.

Kita buat, kita yang rasa dan dapat 😍

Do the best, Allah will do the rest, Insyaallah.

Wan Mohd Wazir

Like facebook @rtechampion
Penafian: Artikel yang diterbitkan berdasarkan kepada pengalaman penulis. Tidak dibenarkan untuk ‘copy and paste’ sebarang artikel yang diterbitkan dan dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya masih berhasrat untuk komersilkannya, hubungi penulis di support.notaemas.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.