NOTA 181 : DAH BELI EMAS BANYAK-BANYAK, NAK JUAL BALIK KAT MANA?

Rasa nak jual semula emas? Saya senaraikan empat tempat yang paling sesuai untuk jual balik emas yang telah dibeli. Moga bermanfaat
kongsi artikel ini

Alhamdulillah. Selamat Malam semua. Malam ni saya nak kongsi secara ringkas berkaitan dengan jualan balik emas.

Ramai yang tanya saya “Wazir, dah beli emas berkilo-kilo ni nanti, nak jual semula kat mana? Ada orang nak beli ke bila jual banyak-banyak? tambahan pulak harga jualan pada masa tu dah tinggi, pening jugak tu, bantu saya bagi jawapan boleh tak?

Jawapan ringkasnya macam ni sahabat-sahabat.

Ada banyak pilihan yang boleh kita ambil, tetapi saya akan senaraikan 4 tempat yang paling sesuai untuk jual balik emas yang telah dibeli;

✅ 1. Syarikat Pengeluar Emas – cara terbaik dan paling mudah untuk jual balik emas yang telah dibeli adalah kepada syarikat tempat kita beli emas mula-mula dulu.

Contohnya kalau beli emas dekat Public Gold, jadi bila nak jual balik emas tu nanti, jual balik je kepada Public Gold menggunakan harga semasa.

Cuba lihat gambar yang saya sertakan di bawah 👇👇👇

Sebab tu bila kita nak beli emas, ada 15 kriteria wajib yang perlu kita tahu dan perlu diutamakan. Insyaallah, selepas penuhi 15 kriteria tersebut, kita akan beli emas dengan aman dan bahagia.

✅ 2. Ejen atau Dealer Syarikat Pengeluar Emas – cara kedua untuk jual balik emas yang telah dibeli adalah kepada ejen atau dealer syarikat pengeluar emas.

Contohnya, kalau beli emas dekat Public Gold, boleh cari dan hubungi ejen / dealer-dealer rasmi Public Gold untuk jual balik emas tersebut. 

Harga jualan balik emas adalah menggunakan harga semasa atau mana-mana harga yang dipersetujui di antara kedua-dua pihak.

✅ 3. Pekedai emas – cara ketiga untuk jual balik emas adalah melalui pekedai-pekedai emas yang berada dilokaliti masing-masing. Cara ini adalah cara konvensional yang digunakan oleh kebanyakkan orang di Malaysia.

Harga jualan balik adalah mengikut harga semasa tetapi mungkin lebih murah sedikit disebabkan faktor SPREAD yang besar iaitu di antara 20% hingga 45%.

Kat sini penjual emas perlu bijak membuat kira-kira sebelum memutuskan untuk membuat jualan balik emas.

✅ 4. Pembeli emas perseorangan – cara keempat ni juga merupakan salah satu kaedah yang biasa diamalkan oleh kebanyakkan masyarakat kita hari ini.

Sebelum menjual, penjual kena menyiapkan diri dengan sedikit ilmu seperti selok belok urusniaga, harga semasa, kaedah jualan, transaksi wang dan sebagainya.

Tujuannya hanya 1 iaitu untuk mengelakkan diri daripada tertipu dengan pembeli emas orang perseorangan.

Jadi, setelah dapat ilmu ni malam ni, sahabat-sahabat bebas membuat pilihan mengikut kesesuaian masing-masing.

Pilihan anda tentukan. Wan Mohd Wazir

Like facebook @rtechampion
Penafian: Artikel yang diterbitkan berdasarkan kepada pengalaman penulis. Tidak dibenarkan untuk ‘copy and paste’ sebarang artikel yang diterbitkan dan dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya masih berhasrat untuk komersilkannya, hubungi penulis di support.notaemas.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.