NOTA 140 : BELIAN EMAS DENGAN PULANGAN MAKSIMUM

SAYA MASIH KEKAL MEMILIH EMAS JENAMA PUBLIC GOLD untuk pelaburan emas saya kerana telah terbukti berkesan dan berjaya, Alhamdulillah
kongsi artikel ini

Alhamdulillah. Jumpa lagi untuk entri kali ini. Sepertimana yang saya janjikan 2 hari yang lalu, berikut saya senaraikan 15 kriteria wajib belian emas yang boleh menguntungkan dan memberikan pulangan yang maksimum kepada pembeli. Ia adalah hasil daripada pengalaman saya selama 13 tahun dalam urusniaga emas.

Sepanjang penglibatan saya dalam tempoh tersebut, tidak kurang daripada 10 buah syarikat emas telah muncul tetapi semuanya berakhir dengan kegagalan. Kenapa? Kerana syarikat-syarikat ini hanya mengutamakan keuntungan syarikat berbanding keuntungan pembeli / pelabur dan biasanya pelbagai sentimen yang muncul dan akhirnya meranapkan segalanya.

Jadi kita perlu ambil iktibar supaya belian emas yang kita bakal buat adalah betul-betul sesuai dan mendatangkan pulangan yang maksimum.

Oleh itu, saya rangkumkan 15 kriteria pilihan belian emas yang menguntungkan dalam 4 faktor utama berikut;

✅ 1. FAKTOR HARGA – Faktor ini merupakan faktor terpenting. Antaranya adalah seperti;

a) harga belian emas yang murah lagi berpatutan mengikut harga semasa dunia.

b) harga jualan balik emas yang tinggi mengikut harga semasa dunia.

c) Selain itu, kekerapan pengemaskinian harga beli dan jual balik juga perlu dititikberatkan. Ia memberikan kelebihan kepada pembeli / penjual. Contohnya harga emas Public Gold; ia sentiasa dikemaskini setiap 20 minit dan sebanyak 72 kali sehari (24 jam) secara telus. Jadi, pembeli/penjual bebas memilih harga yang bersesuaian dengan bajet yang ada.

d) Yang terakhir adalah berkaitan dengan spread iaitu perbezaan harga beli dengan harga jual balik yang rendah dan menguntungkan. Kadar spread yang terbaik adalah di antara 1% hingga 10% sahaja.

✅ 2. FAKTOR OPERASI & URUSNIAGA – Faktor ini sangat diperlukan bagi menyokong faktor di atas. Tanpa faktor kedua ini, ia dianggap tidak lengkap. Oleh itu, antara kriteria yang perlu kita lihat adalah seperti;

a) Kemudahan belian dan jualan balik secara atas talian yang beroperasi 24 jam, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun tanpa henti. Urusan tempahan, belian, bayaran, jualan balik, penghantaran emas, ArRahnu, pindahan emas dan sebagainya juga perlu disediakan secara atas talian dan memudahkan.

b) Jaminan belian balik emas. Point ini merupakan point yang tersangat penting bagi membolehkan kita menjual semula emas tanpa sekatan. Tanpa ada jaminan belian balik oleh syarikat, pembeli/penjual emas bakal berhadapan dengan pelbagai masalah untuk “mencairkan” semula emas dalam bentuk wang fiat.

c) Jual beli yang tidak cerewet juga perlu diambil kira. Contohnya seperti kondisi emas yang tidak sempurna sepertimana sifat asal, sijil ketulenan rosak atau hilang dan sebagainya. Ia akan memudahkan urusan jualan balik emas kepada syarikat tanpa alasan yang remeh temeh.

d) Kemudahan pembelian secara tunai, secar akaun simpanan emas dan secara ansuran bulanan juga penting dan perlu dimasukkan dalam senarai pemilihan.

e) Rekod jumlah transaksi belian emas secara harian / bulanan dan stok yang banyak serta mencukupi juga memberikan impak positif kepada operasi perniagaan yang dijalankan dan perlu diberikan keutamaan dalam pemilihan nanti.

✅ 3. FAKTOR SYARIKAT – Faktor ketiga ini juga tidak kurang pentingnya bagi menyokong urusniaga emas yang dijalankan. Contohnya seperti;

a) Penyediaan outlet yang banyak di seluruh Malaysia bagi memudahkan pelbagai urusan setempat dengan cepat dan selamat.

b) Jalinan kerjasama antara rakan strategik perniagaan juga akan membantu meningkatkan kreadibiliti dan kepercayaan orang ramai. Hubungan kerjasama ini menggambarkan bahawa syarikat menjalankan urusniaga dengan betul dan serius.

c) Yang terakhir adalah penerimaan pelbagai jenis anugerah dalam perniagaan. Point ini juga menggambarkan bahawa syarikat telah menjalankan urusniaga dengan baik, efektif dan sistematik sehingga berjaya memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh penganjur-penganjur anugerah.

✅ 4. FAKTOR TAMBAHAN (BONUS) – Selain daripada 12 kriteria di atas, terdapat 3 lagi kriteria tambahan (bonus) yang boleh memberikan impak dalam pemilihan emas yang terbaik iaitu;

a) Sijil Patuh Syariah. Sijil ini sangat penting untuk memastikan urusniaga yang dijalankan adalah mengikut lunas-lunas Syariah dan sentiasa diaudit oleh badan-badan yang bertauliah.

b) Sijil Ketulenan Emas yang diiktiraf. Sijil ketulenan ini diibaratkan sebagai surat beranak kepada emas dan menunjukkan spesifikasi sebenar emas mengikut piawaian yang telah ditetapkan dan disahkan tulen.

c) Mesra ArRahnu. Ia merupakan kriteria terakhir yang perlu dipilih bagi membolehkan pembeli emas menggunakan kemudahan ini di waktu-waktu kritikal / terdesak.

Kesimpulannya, kesemua 15 kriteria ini tidak boleh dipisahkan atau dipandang sepi. Jika 15 kriteria asas ini tidak mencukupi, belian emas anda mungkin akan berhadapan dengan masalah yang besar satu hari nanti.

Saya garenti!

Saya bercakap dan menulis artikel atas pengalaman saya selama 13 tahun dan bukan atas dasar untuk mengaut keuntungan semata-mata.

Ia satu perkongsian pengalaman yang ikhlas untuk memastikan sahabat-sahabat saya benar-benar berjaya dan mendapat keuntungan daripada pelaburan emas yang telah dibuat.

Akhirnya, SAYA MASIH KEKAL MEMILIH EMAS JENAMA PUBLIC GOLD untuk pelaburan emas saya kerana telah terbukti berkesan dan berjaya, Alhamdulillah.

Sebarkan kepada semua jika kita sayang diri kita dan masa depan sahabat-sahabat kita yang lain.

Beli emas dengan senyuman 😬

Like facebook @rtechampion
Penafian: Artikel yang diterbitkan berdasarkan kepada pengalaman penulis. Tidak dibenarkan untuk ‘copy and paste’ sebarang artikel yang diterbitkan dan dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya masih berhasrat untuk komersilkannya, hubungi penulis di support.notaemas.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.