NOTA 139 : KEYAKINAN DIRI KUNCI CAPAI KEJAYAAN HIDUP

Charisma is the result of effective leadership, not the other way around
kongsi artikel ini

Alhamdulillah. Kita jumpa lagi dalam entri baharu pagi ini. Sebelum tu saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua sahabat handai saya di mana saja kalian berada. Tidak dilupakan, ucapan ini juga ditujukan khas buat Founder Public Gold, Dato’ Wira Louis Ng, Datin Wira Yvonne Lim dan semua staf Public Gold di seluruh Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Keyakinan diri adalah perkara asas yang perlu dimiliki oleh semua orang. Keyakinan diri bukan sahaja keyakinan untuk berdiri di khalayak ramai, malah keyakinan diri untuk mencuba sesuatu yang baru, menghadapi dan mengatasi masalah dan juga mencipta kejayaan.

Namun, banyak keadaan atau situasi yang boleh menggugat keyakinan diri kita. Mungkin anda pernah menghadapi kegagalan, trauma mahupun apa sahaja yang boleh menjatuhkan keyakinan diri anda. Ketahuilah, banyak manfaat jika anda mampu membuang rasa takut tersebut. Anda harus bangun untuk meningkatkan keyakinan diri dalam mengatasi keadaan negatif dan menepis semua pandangan sinis terhadap diri anda.

Kejayaan datang kepada mereka yang dapat mengendalikan kehidupan dengan yakin dan cemerlang.

Tips meningkatkan keyakinan diri;

✅ 1. Nilai diri sendiri

✅ 2. Tetapkan matlamat dengan jelas

✅ 3. Tingkat ilmu pengetahuan

✅ 4. Cari mentor

✅ 5. Berani ambil risiko

✅ 6. Percaya keupayaan diri

✅ 7. Berusaha membimbing orang lain

✅ 8. Baiki penampilan diri

✅ 9. Asah kemahiran

✅ 10. Sentiasa berdampingan orang berilmu

Mungkin kisah ini boleh membangkitkan semula keyakinan diri kita.

Kisah keyakinan diri Joan of Arc amat menarik perhatian saya. Joan of Arc pada umur 17 tahun, seorang pengembala kambing biri-biri yang miskin di Perancis, amat percaya yang ia telah mendapat ilham dari Tuhan bahawa beliau harus mengetuai bala tentera Perancis untuk menentang tentera-tentera Inggeris yang amat sukar dikalahkan.

Tentera-tentera Perancis telah kehabisan idea tentang bagaimanakah lagi cara untuk menentang serangan-serangan serta mengalahkan tentera-tentera Inggeris.

Kerana terlalu kekalutan, mereka telah merayu kepada sesiapa sahaja di kalangan rakyat Perancis untuk memberi idea atau tampil ke hadapan memberi idea tentang bagaimanakah lagi cara menentang tentera-tentera Inggeris.

Joan of Arc seorang gadis yang masih amat muda itu telah tampil ke hadapan dengan keyakinan yang begitu tinggi, bahawa dia telah mendapat ilham dari Tuhan yang dia sahajalah yang akan dapat memimpin bala tentera Perancis untuk mengalahkan tentera-tentera Inggeris.

Keyakinannya yang sungguh kental dan mengkagumkan itu telah memberi harapan baru kepada pucuk pimpinan tentera Perancis di mana beliau telah diberi tugas berat untuk mengepalai tentera Perancis yang sedang menghadapi kebuntuan itu!

Keyakinan si gadis lidi yang tidak dapat dipertikaikan lagi itu telah menyemarakkan semangat seluruh tentera dan rakyat Perancis.

Dengan keyakinan dan pimpinan Joan of Arc, mereka telah mendapat semangat dan tenaga baru untuk menyerang balas dan menggempur tentera-tentera Inggeris dengan strategi peperangan yang berbisa serta keyakinan dan semangat juang yang tidak terperi tingginya!

Ini telah mengejutkan tentera-tentera Inggeris sehingga hilang arah, kekuatan dan semangat walaupun jumlah mereka lebih ramai daripada tentera-tentera Perancis.

Inilah bukti keajaiban keyakinan diri.

“Charisma is the result of effective leadership, not the other way around” ~ Warren Bennis and Burt Nanus

Buatlah sesuatu dengan senyuman 😬

Like facebook @rtechampion
Penafian: Artikel yang diterbitkan berdasarkan kepada pengalaman penulis. Tidak dibenarkan untuk ‘copy and paste’ sebarang artikel yang diterbitkan dan dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya masih berhasrat untuk komersilkannya, hubungi penulis di support.notaemas.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.