NOTA 5 : BERBALOI KE BINA DANA PENDIDIKAN ANAK-ANAK MELALUI SIMPANAN EMAS?

Tabungan emas juga merupakan salah satu daripada pilihan yang patut disenarai di dalam strategi membina Dana Pendidikan anak-anak.
kongsi artikel ini

Ramai di antara kita yang dah merasai bebanan hutang dan keperitan pembayaran PTPTN. Itu belum termasuk hutang-hutang lain yang sentiasa bertambah dan berkurang setiap masa. Untuk mengelakkan perkara sama berulang kepada generasi kita akan datang, why not kita rancang sesuatu untuk mereka. Saya nak kongsi pengalaman saya melaluinya.

Ya, tak dinafikan dah ramai ibu bapa yang buat tabungan untuk pendidikan anak-anak termasuklah saya. Semua saya buat. Ada yang pilih SSPN-I, Insurans/takaful dan sebagainya. Mempelbagaikan bentuk tabungan itu adalah salah satu strategi yang sangat baik selagi kemampuan kewangan mengizinkan. Tabungan emas juga merupakan salah satu daripada pilihan yang patut disenarai di dalam strategi membina Dana Pendidikan anak-anak.

Bagaimana caranya? Mulakan dengan simpanan 1 gram emas sebulan bagi setiap anak. Ye, bagi setiap anak. Jika tak mampu, boleh tukar kepada 1 gram emas untuk setiap 2 bulan atau 3 bulan. Ataupun 1 gram emas untuk semua anak yang ada. Boleh mempelbagaikan cara simpanan. Terpulang kepada cara masing-masing. Masing-masing kena buat kira-kira. Tempoh yang dicadangkan adalah antara 7 hingga 10 tahun. Jika lebih panjang, ia lebih baik.

Meh saya tunjukkan bukti hasil simpanan yang saya dah buat selama 11 tahun lalu. Lampiran resit di bawah adalah bukti belian emas saya pada tahun 2009 lalu atas pelbagai tujuan termasuklah Dana Pendidikan anak-anak. Saya pilih beli sekali gus. Harga emas ketika tu adalah RM122/gram dan belian saya adalah sebanyak 700 gram. Tahun 2020, harga emas telah mencatatkan peningkatan kepada RM260/gram (dijangka terus meningkat ke RM300/gram menjelang tahun 2021 akan datang). Total simpanan emas asal saya telah meningkat daripada RM86k kepada RM182k dengan jumlah 700 gram yang sama.

Woiii, banyak ni! Lebih dah 😬. Jika dikira, ia merupakan kenaikan sebanyak 112% dalam tempoh 11 tahun simpanan (boleh disimpulkan kenaikan sebanyak 10% setahun, lebih kurang). So? Dah jelas? 😬

Kalau tetap berpendirian emas tak sesuai, then its okay. Yang penting kita dah ada ilmu asas tentangnya sekarang selepas baca tulisan ini, at least, kan. Pilihan di tangan kita. Mencuba, tak salah kan? 😁🤓👌

Like facebook @rtechampion
Penafian: Artikel yang diterbitkan berdasarkan kepada pengalaman penulis. Tidak dibenarkan untuk ‘copy and paste’ sebarang artikel yang diterbitkan dan dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya masih berhasrat untuk komersilkannya, hubungi penulis di support.notaemas.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.