Alhamdulillah. Kita jumpa lagi. Entri sebelum ini saya kongsikan graf kenaikan harga emas untuk 5 tahun dengan graf penurunan nilai Ringgit Malaysia sepanjang 10 tahun. Boleh rujuk di sini.
Jadi, apa perkaitan antara 2 item ini?
Kita lihat sekarang..
✅ Kita rujuk gambar di lampiran;
▪️2015, harga 1 gram adalah RM150
▪️2020, harga 1 gram adalah RM269
🔴 Nilai emas masih sama iaitu 1 gram
Boleh nampak?
✅ kita rujuk gambar di lampiran sekali lagi;
▪️2015, RM100 akan dapat 0.6667 gram
▪️2020, RM100 akan dapat 0.3717 gram
🔴 Nilai duit masih sama iaitu RM100
✅ Kesimpulannya;
▪️Jika kita simpan duit RM100 dari tahun 2015, kuasa beli kita sebenarnya telah menurun sekali ganda dari nilai yang ada sekarang. Angka RM100 memang kekal pada cetakan duit fizikal, tetapi kuasa beli ke atas RM100 tersebut sebenarnya telah menurun sekali ganda seolah-olah RM50 sahaja.
▪️Berlainan jika kita tukar kaedah simpanan duit kepada emas, kuasa beli kita kekal dan sentiasa selari dengan nilaian kuasa beli yang ada pada masa tersebut.
▪️Jadi, adakah harga emas yang makin mahal? ataupun nilai duit kita yang semakin menurun?
Kita sama-sama fikirkan.
Selamat Maju Jaya.