NOTA 89 : 5 TAHUN HARGA EMAS MELONJAK, 10 TAHUN RINGGIT MALAYSIA MENJUNAM

jika kita membuat simpanan jangka pendek dan jangka panjang kita dalam bentuk Ringgit, simpanan kita sebenarnya sedang menyusut. Macam mana nak tahu menyusut?
kongsi artikel ini

Alhamdulillah. Selamat Pagi semua. Kita jumpa lagi pagi ni. Semalam saya janji nak kongsikan ilmu emas pada sebelah petang dan malam, nampaknya hanya tinggal janji. Saya mohon maaf. Saya tukar kepada proses coaching newbis emas yang baharu. Alhamdulillah berjalan lancar. Tahniah semua. Anda berhak untuk jadi hebat dan berjaya!

Beberapa hari lalu, saya terbaca tulisan guru saya berkaitan dengan prestasi Ringgit Malaysia berbanding Dollar Amerika. Saya pun surveylah mencari fakta yang dikongsikan. Saya agak terkejut bila saya jumpa fakta prestasi RM untuk 10 tahun bermula 2011 hingga 2020. Kalau tengok pada graf kasar pun kita dah nampak.

Kemudian saya cari dan bandingkan pula dengan prestasi emas. Masyaallah Tabarokallah. Prestasi harga emas meningkat sangat tinggi untuk 5 tahun terakhir bermula 2016 hingga 2020. Kalau tengok pada graf kasar pun kita dah nampak.

Apa yang dapat saya simpulkan di sini adalah, jika kita membuat simpanan jangka pendek dan jangka panjang kita dalam bentuk Ringgit, simpanan kita sebenarnya sedang menyusut. Macam mana nak tahu menyusut? Nanti saya ulas dalam posting seterusnya.

Manakala jika kita membuat simpanan jangka pendek dan jangka panjang dalam bentuk emas, simpanan kita sebenarnya kekal dan sedang bertambah. Saya juga akan ulas pasal ni dalam artikel seterusnya.

Seronok tak bila kita dah tahu fakta? Mestilah kan..Kenapa? Kerana kita buat sesuatu tindakan dengan asas yang sangat kukuh.

Itu sahaja perkongsian jam 8.00 pagi ini. Terima kasih kerana membaca dan berkongsi untuk bacaan umum. Ada ilmu, kita berjaya!. Selamat Maju Jaya.

Like facebook @rtechampion
Penafian: Artikel yang diterbitkan berdasarkan kepada pengalaman penulis. Tidak dibenarkan untuk ‘copy and paste’ sebarang artikel yang diterbitkan dan dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya masih berhasrat untuk komersilkannya, hubungi penulis di support.notaemas.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.