NOTA 13 : PUBLIC GOLD PILIHAN PELABUR SENYAP! 10 FAKTA MENARIK MENGENAINYA!

Semua belian emas akan dapat emas fizikal dengan pemilikan mutlak pembeli dan tiada kos lain yang terselindung
kongsi artikel ini

Bismillah. Topik yang agak berat dan sukar untuk ditulis walaupun sebutannya mudah. Boleh jadi perkataan LABUR membawa maksud yang positif atau sebaliknya membawa kepada maksud yang negatif yang akan berakhir dengan LEBUR. Semuanya berlandaskan ilmu dan guru. Tengoklah gambar yang dilampirkan. Sebanyak RM1.03juta belian emas fizikal yang dibeli menerusi saya sepanjang Mei 2020.

Pelaburan emas bukan bermaksud beli saham emas, tetapi ia adalah membeli emas fizikal dan pemilikannya adalah hak mutlak pembeli. Saya ulang, BELI EMAS FIZIKAL DAN PEMILIKANNYA ADALAH HAK MUTLAK PEMBELI. Emas merupakan satu bentuk komoditi yang unik dan berharga serta diterima ramai merentasi dunia tanpa sempadan.

Ramai yang wasap tanya “Wazir ni niaga emas ke?..”. Saya jawab dengan ringkas “Tak lah, saya hanya berkongsi ilmu emas. Saya tak jual emas. Public Gold yang jual emas. Saya belajar dan kongsi sebab saya minat, ia sekadar HOBI saya.”. Betul! Saya hanya mengganggapnya sebagai HOBI je. Bukan satu pekerjaan yang wajib. Saya cuba penuhi sisa waktu yang terlapang. Public Gold hanya alat untuk jadikan hobi saya lebih menarik untuk diterokai. Saya dah lalui pelbagai pengalaman selama 12 tahun bersamanya.

✅ Kenapa emas fizikal jadi pilihan? 10 kelebihannya yang perlu kita perhalusi;

1. Kekayaan akan kekal dalam simpanan ‘duit sebenar’ dan bertahan lama
2. Tidak terkesan dengan bencana/krisis kewangan
3. Berpeluang buat pusingan modal bisnes lebih mudah jika memerlukan
4. Berpeluang menjana keuntungan ketika harga naik dan turun
5. Aset alih yang mudah dipegang dan dicairkan
6. Harga aset yang sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang
7. Aset yang tidak boleh dimanipulasi
8. Selamat daripada dibekukan oleh mana-mana pihak yang berkepentingan
9. Urusan dan waktu jual belinya lebih fleksibel
10. Pembelian dan simpanannya yang Patuh Syariah.

10 fakta ini akan saya ulas dalam entri-entri yang berikutnya, Insyaallah.

✅ Kenapa pulak Public Gold jadi pilihan pelabur senyap?

10 fakta menarik mengenai Public Gold;

1. Paparan harga emas yang telus, murah dan kompetetif menggunakan harga semasa dunia berbanding yang lain
2. Semua produk emas miliknya adalah bebas daripada bayaran tambahan GST (jika ada)
3. Outlet yang banyak di seluruh Malaysia. Dibuka pada hari Isnin – Jumaat mulai jam 9 pagi hingga 5.30 petang.
4. Boleh buat tempahan harga belian dan harga jualan balik emas secara online 24 jam menerusi sistem
5. Kadar spread jualan balik emas yang rendah dan jaminan penerimaan jualan balik semua emas miliknya dan juga emas-emas jenama lain mengikut harga emas semasa dunia
6. Stok emas yang banyak dengan pelbagai rekabentuk yang menarik dan diterima dengan meluas oleh Pajak Gadai Ar-Rahnu seluruh Malaysia
7. Produk emas yang mempunyai Sijil Pengesahan Ketulenan dan cop piawaian antarabangsa LBMA
8. Sistem belian dan jualan emas yang ada Sijil Patuh Syariah
9. Semua belian emas akan dapat emas fizikal dengan pemilikan mutlak pembeli dan tiada kos lain yang terselindung
10. pengurusan pelanggan/ejen yang sistematik secara online

✅ Apa tindakan yang perlu diambil sekarang?

➡️ Dah baca, tak kan nak biar je?
➡️ Mula – wanmohdwazir.com/daftarpercuma
➡️ Miliki emas fizikal sekarang
➡️ Teruskan menyimpan duit dalam bentuk ‘duit sebenar’ emas
➡️ Harga sekarang RM260/gram (emas 999)
➡️ Harga lewat malam ini sekitar RM263/gram (emas 999)
➡️ Harga minggu ni akan mencecah RM265/gram (emas 999)

Itu je untuk kali ni, jumpa dalam entri seterusnya.

Wassalam ❤️🌷.
Wan Mohd Wazir
– Jade 3 Star Founder MD
– Blog baharu : WanMohdWazir.com
– Khidmat nasihat : www.wasap.my/+60199362935/

Like facebook @rtechampion
Penafian: Artikel yang diterbitkan berdasarkan kepada pengalaman penulis. Tidak dibenarkan untuk ‘copy and paste’ sebarang artikel yang diterbitkan dan dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya masih berhasrat untuk komersilkannya, hubungi penulis di support.notaemas.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.