NOTA 12 : AWAS! 10 CIRI SKIM CEPAT KAYA BERTOPENGKAN EMAS!

Skim Cepat Kaya merupakan satu skim di mana sejumlah wang akan didepositkan / dilaburkan kepada penganjur dengan janji / syarat wang tersebut akan dipulangkan kembali beserta dengan faedah keuntungan yang lebih tinggi daripada kebiasaan
kongsi artikel ini

Allahurobbi. Ingatkan dah masuk tahun 2020 dah terhapus skim-skim cepat kaya di Malaysia. Rupanya tidak. Jumaat lalu kita digemparkan dengan satu lagi berita baharu “GUNA WANG IBU, PELAJAR DITIPU RM86,270 SKIM LABUR EMAS”. Pelajar kena tipu. Ibu pun terpalit sama.

Berita penuh : www.bharian.com.my/node/693924/amp

Yang sebenarnya, apa itu Skim Cepat Kaya?

Skim Cepat Kaya merupakan satu skim di mana sejumlah wang akan didepositkan / dilaburkan kepada penganjur dengan janji / syarat wang tersebut akan dipulangkan kembali beserta dengan faedah keuntungan yang lebih tinggi daripada kebiasaan. Ia juga dikenali sebagai Skim Ponzi yang diambil sempena nama pengasasnya Charles Ponzi.

Kenapa jadi macam ni?

Alasannya adalah kerana;

1. kurang ilmu dan tamak haloba
2. terpedaya khabar indah tanpa bukti
3. mahu cepat kaya
4. mahu hidup senang tanpa bekerja
5. mahu pulangan bulanan tetap dan tinggi

Apa tindakan kita seterusnya? Jom kita kenali 10 ciri Skim Cepat Kaya yang patut dijauhi;

1. Tawaran pelaburan tanpa produk setimpal
2. Tawaran pelaburan tanpa risiko
3. Kaedah pemasaran yang melampau
4. Tawaran pelaburan tanpa emas fizikal
5. Terma pelaburan sentiasa berubah-ubah
6. Punca keuntungan yang kabur
7. Jaminan keuntungan yang cepat dan tinggi dalam masa yang singkat tanpa perlu bekerja
8. Tapak pelaburan dibuka dari luar Malaysia yang mengelirukan
9. Tawaran hibah yang tinggi sebagai ganjaran membawa pelabur baru
10. Sentiasa mempamerkan kehidupan yang mewah tanpa asas perniagaan yang kukuh

Dari tahun 1970an hinggalah sekarang, skim-skim ini akan sentiasa tumbuh dan menjalankan operasi yang hampir sama setiap kali muncul di pasaran. Yang berbeza hanyalah nama dan produk yang ditawarkan.

Siapa mangsa seterusnya?

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,Wan Mohd Wazir
– Blog baharu : WanMohdWazir.com
– Pendaftaran : bit.ly/MehDaftarDuluSini
– Khidmat nasihat : www.wasap.my/+60199362935/

Like facebook @rtechampion
Penafian: Artikel yang diterbitkan berdasarkan kepada pengalaman penulis. Tidak dibenarkan untuk ‘copy and paste’ sebarang artikel yang diterbitkan dan dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya masih berhasrat untuk komersilkannya, hubungi penulis di support.notaemas.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.