NOTA 14 : 10 FAKTA, SALAH FAHAM TENTANG EMAS

emas boleh dibeli secara sedikit-sedikit atau ansur-ansur mengikut kemampuan masing-masing hatta yang bergaji rendah
kongsi artikel ini

Sebenarnya, sesiapa pun boleh menyimpan dan memilki emas lebih-lebih lagi bila kita tahu rahsia tentang simpanan yang boleh dijadikan pelaburan. Dengan memiliki emas, kita telah berjaya merealisasikan 3 perkara iaitu SIMPAN KEKAYAAN KEKAL, MILIKI ASET YANG UTUH DAN BOLEH DIJADIKAN ALAT PELABURAN.

Jika berlaku kecelaruan fakta, teknik dan maklumat, maka timbullah salah faham tentang emas sebagaimana 10 fakta berikut;

1. Tunggu duit banyak baru nak mulakan beli dan simpan emas – Sebenarnya, emas boleh dibeli secara sedikit-sedikit atau ansur-ansur mengikut kemampuan masing-masing hatta yang bergaji rendah. Public Gold ada menyediakan solusi tersebut melalui pembelian emas secara GAP – Gold Accumalation Program dan EPP – Syariah Easy Payment Purchase.

2. Tunggu harga rendah untuk buat belian pertama dan seterusnya- Kaedah ini juga akan membantutkan hasrat pembeli disebabkan ketidaktentuan naik turun harga emas. Akhirnya hasrat awal berlalu tanpa sebarang tindakan. Sebenarnya harga belian emas boleh diselaraskan melalui kaedah pemurataan harga.

3. Emas hanya untuk orang kaya- Mindset ini perlu dibuang di kalangan masyarakat kita. Emas milik semua. Semua golongan mampu memiliki emas.

4. Emas sebagai alat keuntungan semata-mata- Tidak dinafikan beli, simpan dan memiliki emas mampu menjadi pelaburan terbaik untuk kita. Hasrat terpenting adalah untuk memastikan harta / simpanan kita kekal utuh sepanjang zaman.

5. Emas hanya sebagai perhiasan sahaja- Ketahuilah bahawa emas bukan sekadar barang kemas. Emas juga boleh dijadikan tabungan kekal, aset mudah cair, mas kahwin, hadiah, transaksi jual beli dan yang paling penting adalah mata wang dalam pelbagai bentuk sama ada jongkong ataupun dinar.

6. Bila dah beli dan simpan emas kena bayar zakat- Isu ini juga menjadi penghalang utama masyarakat kita memiliki emas. Cukup cetek pemikiran golongan ini. Tahukah kita bahawa dengan simpanan duit di bank yg sama kadarnya dgn zakat emas 85 gram ke atas juga dikenakan zakat yang sama seperti emas.

7. Beli 1 gram dah cakap pasal untung- Hal ini juga menjadi topik bualan hangat di kalangan penggemar emas. Jika simpanan/milikan emas itu masih kecil, fokuskan kepada proses menyimpan dahulu. Sambil/sambil menyimpan, jika ada kenaikan harga yang mendadak, itu rezeki. Rebut peluang yang ada sebaiknya.

8. Beli emas sebab nak pajak- Topik ini menjadi satu fenomena hangat satu ketika dulu. Geng skim cepat kaya menjadikan ia sebagai lubuk mereka. Maka ramailah yang tersontot, bankrup, hilang duit dan merana angkara tamak dan haloba.

9. Beli emas dan nak untung segera- Ramai yang pertama kali membeli emas begitu ghairah untuk mendapatkan keuntungan segera. Cara ini kurang tepat. Ia bukan seperti saham emas. Ia adalah pemilikan aset fizikal. Kenaikan harga secara tiba-tiba adalah bonus.

10. Beli emas tapi tak dapat emas- Situasi ini juga menjadi sasaran utama penganjur skim cepat kaya satu ketika dahulu. Saya pernah di’anjing’kan oleh geng-geng ni seolah-olah saya mengganggu periuk nasi mereka. Tapi lihatlah sekarang. Siapa betul siapa salah! Beli emas dapat kertas janji. Akhirnya emas ke mana, janji pun entah ke mana.

Oleh yang demikian, carilah guru dan ilmu yang boleh memberikan pencerahan kepada kita. Guru dan ilmu yang betul akan menjamin hasrat/cita-cita tercapai dengan jayanya, Insyaallah 😊😆❤️

Sekian, terima kasih.

Jumpa next entri.

Jade 3 Star Founder MD Wan Mohd Wazir
✳️ Blog baharu : WanMohdWazir.com
✳️ Dattar : WanMohdWazir.com/daftarpercuma
✳️ Nasihat : www.wasap.my/+60199362935/

Like facebook @rtechampion
Penafian: Artikel yang diterbitkan berdasarkan kepada pengalaman penulis. Tidak dibenarkan untuk ‘copy and paste’ sebarang artikel yang diterbitkan dan dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya masih berhasrat untuk komersilkannya, hubungi penulis di support.notaemas.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.