NOTA 180 : ORANG BIASA SIMPAN DUIT, ORANG KAYA SIMPAN HARTA

Mentor Kewangan Dunia Robert T. Kiyosaki mengatakan bahawa “Savers are Losers”. Orang yang menyimpan duit kertas dalam jangka panjang adalah orang yang sentiasa berada dalam kerugian.
kongsi artikel ini

Alhamdulillah. Malam ini kita sama-sama boleh lihat perbezaan tingkah laku atau sifat orang biasa-biasa dengan orang kaya-kaya dalam mengumpul kekayaan.

Kita biasa dengar dengan ayat ni “orang biasa-biasa akan simpan duit, orang kaya-kaya akan simpan harta..”. Betul tak ??

Betul, orang biasa-biasa akan cari nafkah siang malam untuk kumpul dan simpan duit, manakala orang kaya-kaya menambah kekayaan dengan mencari dan mengumpul harta / aset.

Kenapa menyimpan duit dianggap perbuatan orang biasa-biasa?

✅ 1. Nilai duit akan menyusut dalam jangka masa panjang. Dulu RM100 kita boleh berbelanja antara 2 hingga 3 minggu untuk beli makanan dan minuman. Tetapi berlainan sekarang, RM100 hanya mampu bertahan kurang daripada seminggu sahaja.

✅ 2. Simpanan duit mudah bocor kerana keseronokkan duit adalah bukan pada simpanan tetapi keseronokkan duit terletak pada perbelanjaannya. Ramai orang susah nak kaya bukan disebabkan faktor lain, tetapi faktor disiplin menyimpan. Ia bukan faktor ekonomi, tapi lebih kepada faktor psikologi.

✅ 3. Tabungan duit mudah dimakan inflasi tanpa sedar. Jika kita mendapat keuntungan atas simpanan duit di bank sekitar 3% hingga 6% setahun, sebenarnya kadar keuntungan itu hanya cukup untuk cover inflasi yang ada. Andai kata kita buat keputusan untuk membelanjakan semula duit dividen yang diperolehi, kita sebenarnya semakin miskin walaupun nilai pokok itu tak disentuh.

✅ 4. Banyak lagi faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan keruntuhan kepada institusi kewangan berorientasikan wang ringgit.

Sebaliknya menyimpan harta dianggap perbuatan orang kaya-kaya. Kenapa?

✅ 1. Simpanan harta boleh dikategorikan dalam banyak aspek, mungkin mempunyai hartanah yang banyak, mungkin mempunyai simpanan emas dan perak yang banyak dan sebagainya. Nilai simpanan harta ini akan terus meningkat dalam jangka masa panjang.

✅ 2. Orang yang simpan emas dan perak, mereka mewarisi perangai orang kaya-kaya. Mindset mereka hanya memikirkan soal simpan, simpan dan terus simpan. Mereka sentiasa mencari idea untuk terus menambah aset-aset yang ada.

Sebab itulah Mentor Kewangan Dunia Robert T. Kiyosaki mengatakan bahawa “Savers are Losers”. Orang yang menyimpan duit kertas dalam jangka panjang adalah orang yang sentiasa berada dalam kerugian.

Astaghfirullah.

Bukan semua simpanan duit perlu ditukarkan kepada harta. Tetapi mengikut bahagian-bahagian yang telah ditetapkan mengikut kesesuaian masing-masing.

Mari kita lihat gambar yang saya lampirkan di bawah. Apa pengajaran / hikmah yang boleh diambil?

Antaranya;

✅ 1. Orang yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap simpanan harta akan mengambil peluang atas kejatuhan harga emas beberapa hari lalu. Harga emas jatuh umpama rezeki datang bergolek. Mari kita lihat jumlah belian emas yang telah dibuat dalam 3 hari terakhir ni  telah melebihi RM300 ribu sehingga ke malam ini. Jumlah ini akan terus meningkat ke jutaan ringgit hingga ke akhir minggu hadapan.

✅ 2. Orang bijak akan fokus kepada simpanan harta seperti emas dan perak tanpa mempedulikan turun naik harga. Mereka mempunyai sifat atau perangai mengutamakan simpanan jangka panjang berbanding dengan simpanan jangka pendek.

Kesimpulannya, kalau nak memiliki sifat orang kaya-kaya, tirulah cara orang kaya menyimpan kekayaan mereka.

Kalau mempunyai bajet yang besar, simpanlah dalam bentuk hartanah yang boleh disewakan atau diusahakan.

Tapi kalau mempunyai bajet yang kecil, simpanlah dalam bentuk emas dan perak. Kita boleh mula menyimpan emas serendah RM100.

Jadi manfaatkanlah peluang baik ini segera!

Beli emas dengan senyuman 😬

Wan Mohd Wazir

Like facebook @rtechampion
Penafian: Artikel yang diterbitkan berdasarkan kepada pengalaman penulis. Tidak dibenarkan untuk ‘copy and paste’ sebarang artikel yang diterbitkan dan dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya masih berhasrat untuk komersilkannya, hubungi penulis di support.notaemas.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.