Alhamdulillah. Selamat pagi untuk semua. Kita jumpa lagi. Ada yang bertanya macam mana nak cipta kejayaan dan kekalkan keuntungan dalam pelaburan emas.
Jawapannya sangat mudah.
Mulakan dengan memiliki dan menyimpan 100g emas yang pertama. Simpanan tersebut boleh dalam pelbagai bentuk sama ada 1 gram x 100, 10g x 10, RM100 x RM26k, 100g x 1 dan sebagainya.
Kenapa? Tanpa sumber asas yang mencukupi, semua hasrat yang diimpikan tidak akan membuahkan apa-apa hasil. Hanya tinggal angan-angan.
Kenapa pilih 100g?
1. Ia mudah untuk dimiliki.
2. Target permulaan simpanan yang realistik.
3. Mudah untuk dibeli dan dijual semula.
4. Kadar spread (perbezaan harga beli dengan harga jualan balik) yang sangat rendah.
Macam mana nak mula?
1. Boleh mula serendah RM100 atau 1 gram.
2. Kemudian tambah ikut kesesuaian duit masing-masing.
3. Lakukan secara konsisten dengan penuh semangat.
4. Visualisasikan target tersebut di tempat yang jelas dan mudah dilihat setiap masa.
Bila dah capai 100g, kita sama-sama bergerak ke langkah yang seterusnya yang akan saya kongsikan dalam posting akan datang.
Good luck! ❤️
Wan Mohd Wazir
JFMD3S PG000436 wanmohdwazir.com