Alhamdulillah. Salam Subuh untuk semua. Kita jumpa lagi. Cantik betul jongkong emas keluaran terbaru Public Gold ni. Coraknya adalah bertemakan Bunga Mas. Rekaannya adalah antara yang tercantik pernah dikeluarkan oleh Public Gold.
Selain daripada corak ini, Public Gold juga mengeluarkan satu (1) lagi corak yang bertemakan kaligrafi Cina dan naga yang dinamakan Tai Fook. Sebelum itu, Public Gold pernah mengeluarkan corak plain yang hanya mempunyai tulisan PUBLIC GOLD dan edisi LBMA keluaran Turki. Insyaallah nanti saya akan kongsikan kesemua corak-corak tersebut di dalam posting yang akan datang.
Antara keistimewaan lain yang ada pada jongkong emas Public Gold dan tidak ada pada jongkong emas lain adalah permukaan yang berkilat macam cermin. Sampaikan apabila kita nak ambil gambar jongkong emas, dengan gambar muka dan telefon kita sekali akan masuk ke dalam jongkong tersebut. Ciri ini yang menjadikan jongkong emas Public Gold tidak mudah untuk dipalsukan. Alhamdulillah.
Selain itu, semua emas keluaran Public Gold mempunyai sijil ketulenan dan nombor siri. Nombor siri tersebut dipaparkan pada sijil dan emas. Nombor siri ini menjadi kegilaan kepada sesetengah penggemar nombor. Ia menjadi rebutan dan harganya kadang-kadang jauh lebih tinggi disebabkan nombor yang istimewa. Menarik kan? 😬
Ringkasnya, berikut adalah spesifikasi ringkas 20 gram Bunga Mas;
Nama : 20 gram Bunga Mas (10, 50, 100 gram juga ada dijual)
Berat : 20 gram
Ketulenan : emas 999.9
Saiz : 25mm x 16mm x 3mm
Harga : RM5380 sekeping (ikut harga semasa)
Keluaran : Public Gold
Assayer : Ada cop penilai ketulenan bertauliah

Tu je perkongsian pagi ini. Good luck! ❤️
Wan Mohd Wazir
JFMD3S PG000436
wanmohdwazir.com