Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah Taala, Tuhan sekelian alam. Selamat Malam semua. Semoga sihat sejahtera di samping keluarga tersayang.
Ok, malam ni saya akan tunaikan janji saya untuk berkongsi pengalaman peribadi saya dalam mengurus tabungan / simpanan emas yang efektif bagi mencapai status bebas kewangan dalam 5 tahun.
Berikut adalah 5 tip permulaan yang diamalkan;
✅ Tip #1: Buat perancangan kewangan
✅ Tip #2: Berbelanja kurang dari pendapatan
✅ Tip #3: Rancang perbelanjaan secara realistik
✅ Tip #4: Amalkan gaya kehidupan sederhana
✅ Tip #5: Kurangkan jumlah hutang
Bagaimana menjayakan 5 tip di atas?
✅ Membuat tabungan / simpanan emas
Kenapa pilih emas dan bukan sumber lain?
✅ Hasil daripada tinjauan yang dibuat, saya dapati purata kenaikan harga emas dari tahun 2000 hingga 2020 adalah sebanyak 450% selama 20 tahun. Ia prospek yang sangat baik untuk saya mencapai status bebas kewangan dalam masa yang ditetapkan.
5 kaedah paling efektif yang saya rancang dan amalkan untuk tabungan / simpanan emas dalam 5 tahun adalah sebagaimana berikut;
✅ Tahun 1 : Capai simpanan 100 gram
✅ Tahun ke-2 : Capai simpanan 250 gram
✅ Tahun ke-3 : Capai simpanan 500 gram
✅ Tahun ke-4 : Capai simpanan 750 gram
✅ Tahun ke-5 : Capai simpanan 1000 gram
Langkah ini boleh diulang-ulang untuk tahun-tahun yang seterusnya secara konsisten.
Tempoh masa yang dirancang adalah;
✅ 5 tahun (paling ideal)
✅ 3 tahun (jika capai lebih awal lebih baik)
✅ 7 tahun (paling maksimum)
Ada pelbagai kaedah yang digunapakai untuk capai tabungan / simpanan emas yang ditetapkan, antaranya adalah seperti;
✅ 1. Gunakan simpanan duit peribadi
✅ 2. Agih 20% gaji awal bulan
✅ 3. Tukar kesemua lebihan gaji akhir bulan
✅ 4. Ambil keuntungan dari pelaburan lain
✅ 5. Lakukan urusniaga emas
Hasil yang sedang dinikmati;
✅ 1. Simpanan emas makin bertambah
✅ 2. Kebocoran wang dapat dielakkan
✅ 3. Hutang kad kredit dapat diselesaikan
✅ 4. Pinjaman peribadi makin berkurangan
✅ 5. Hutang jahat menjadi sifar
Bagaimana orang baru nak bermula?
✅ Nasihat saya, mulakan dengan tabungan / simpanan emas sebanyak 50 gram atau seminimum 1 gram emas.
Kesimpulannya, simpan duit kertas kesan psikologinya berbeza dengan yang lain. Keseronokan duit kertas bukan pada simpanan, tapi pada belanjanya. Sebaliknya tabungan / simpanan emas mampu memberikan kesan psikologi yang ternyata lebih berbeza. Gaya pemikiran dan tabiat buruk semulajadi yang telah bersarang dalam diri kita dapat dibetulkan dan dibentuk dalam acuan yang lebih baik, Insyaallah.
Do the best, Allah will do the rest.
Selamat mencuba!
Wan Mohd Wazir
#100kRTEPGMy
#RTEClub365
#TeamKAB
#TeamKing
#TeamPower
#TeamQueen
#TeamAurum24k
#TeamBabahNisam