Alhamdulillah. Kita jumpa lagi π¬. Nampaknya, kita dah berada betul-betul di penghujung tahun 2020. Sudah tentu banyak memori suka duka sepanjang 2020 yang telah kita lalui. Jadikan suka duka tersebut sebagai panduan hidup kita untuk perjalanan yang seterusnya, Insyaallah.
Azam tahun baharu 2021 adalah TINGGALKAN KEBODOHAN TAHUN 2020 π¬
Ok kita berbalik kepada tajuk asal artikel iaitu emas sebagai tabungan masa depan anak-anak. Ye betul. Emas memang boleh dijadikan salah satu kaedah tabungan masa depan untuk anak-anak.
Caranya cukup mudah;
β 1. Beli emas dan simpan.
β 2. Kaedah belian melalui 2 kaedah;
i. Beli emas fizikal dan pegang sendiri
ii. Beli emas fizikal dan tukar dalam akaun
β 3. Boleh beli ikut kemampuan masing-masing
β 4. Melalui Public Gold, boleh beli serendah RM100 atau 1 gram menggunakan harga semasa
β 5. Boleh dibeli secara harian, bulanan, tahunan ataupun pilihan waktu yang bersesuaian dengan kewangan masing-masing
Alhamdulillah, saya dah mulakan simpanan emas secara bulanan untuk anak ke-3, Uwais Al-Qarni PG 99999 bermula tahun Jun 2017 yang lalu. Uwais lahir pada 20 Februari 2017 dan 3 bulan selepas itu Public Gold telah mengadakan contest pemilik nombor PG bertuah yang ke 99999 dan 100000. Alhamdulillah, Uwais menang dan diberikan hadiah emas iringan 0.5 gram π¬. Terima kasih PG @ Datoβ Louis Ng.
Butiran ringkas belian emas tersebut adalah sebagaimana berikut;
β Tarikh mula simpanan : Jun 2017, RM188
β Tarikh simpanan semasa : Disember 2020, RM270
β Jumlah gram terkumpul : 42 gram
β Kaedah belian : 1 gram 1 bulan secara akaun emas GAP
β Peratusan kenaikan harga emas : RM270 – RM188 / RM270 x 100 = 30.37%
Ringkasnya, kita sememangnya digalakkan mempelbagaikan kaedah simpanan yang bersifat pelaburan jangka panjang, lebih-lebih lagi untuk manfaat masa depan anak-anak. Insyaallah simpanan emas ini akan terus dikekalkan sehingga Uwais meningkat dewasa kelak. Selepas itu, beliau sendiri yang akan sambung simpanan hingga ke hari tuanya.
Manfaat yang Uwais akan dapat kelak adalah;
β 1. Dana pendidikan
β 2. Dana kecemasan
β 3. Dana perkahwinan
β 4. Tabungan dan pelaburan
β 5. Aset peribadi
Akhir sekali, kita hanya mampu merancang dengan cita-cita, tetapi Allah merancang dengan cinta β€οΈ