NOTA 98 : TINGGALKAN KEBODOHAN 2020

“Langgar dinding” adalah merujuk kepada amalan / aktiviti / kaedah yang salah yang dilakukan oleh seseorang dalam pelaburan emas
kongsi artikel ini

Alhamdulillah. Selamat pagi semua dan saya mendoakan semoga kita semua kekal dalam rahmat dan kasih sayang Allah Taala sokmo-sokmo.

Ok pagi ni saya nak ulas berkaitan dengan LANGGAR DINDING. Langgar dinding yang dimaksudkan adalah merujuk kepada amalan / aktiviti / kaedah yang salah yang dilakukan oleh seseorang dalam pelaburan emas. Amalan langgar dinding ini menjadi satu trend bagi mencari kelainan dalam pelaburan yang berakhir dengan peleburan.

Punca amalan langgar dinding yang popular;

✅ 1. Ikut kawan-kawan dan saudara mara

✅ 2. Nak kaya cepat tanpa perlu susah payah

✅ 3. Jahil dan tiada ilmu

✅ 4. Kena tipu dan terpedaya

✅ 5. Ada niat untuk kianat

Antara amalan langgar dinding yang popular pula adalah;

✅ 1. Sertai skim-skim yang berorientasikan skim cepat kaya

✅ 2. Sertai syarikat yang tiada reputasi jual beli emas yang baik dan menawarkan pulangan yang tidak masuk akal.

Untuk mengelakkan terus menerus melanggar dinding, para pembeli boleh mengenal pasti prestasi syarikat / urusniaga emas yang digalakkan melalui ciri-ciri berikut;

✅ 1. Sistem jual beli yang telus

✅ 2. Rekod jualan emas yang baik & banyak

✅ 3. Tempoh beroperasi yang lama

✅ 4. Pengedar yang ramai

✅ 5. Bayaran insentif yang kompetitif

✅ 6. Tiada komitmen bulanan yang tetap

✅ 7. Harga beli emas yang berpatutan

✅ 8. Jaminan belian semula emas pelanggan

✅ 9. Outlet yang banyak

✅ 10. Kemudahan belian & jualan atas talian

Kesimpulannya, mulakan sesuatu dengan ilmu dan kawal emosi. Janganlah kita terus-menerus menggunakan cara yang salah walaupun kita dah tahu ia tidak membuahkan sebarang hasil. Pilihlah pelaburan / urusniaga yang telah mempunyai rekod dan reputasi yang baik dan terbukti berjaya. Selamat tinggal 2020 & kebodohannya.

Like facebook @rtechampion
Penafian: Artikel yang diterbitkan berdasarkan kepada pengalaman penulis. Tidak dibenarkan untuk ‘copy and paste’ sebarang artikel yang diterbitkan dan dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya masih berhasrat untuk komersilkannya, hubungi penulis di support.notaemas.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.