Alhamdulillah. Gais, sekiranya anda berhasrat membina kekayaan, ini tips dari guru kewangan saya.
Guru kewangan saya Dave Ramsay berkongsi tips membina kekayaan di dalam buku “Complete guide to Money”.
Kata beliau. “Asas kepada membina kekayaan adalah simpan duit”
Kejayaan menyimpan duit pula bergantung kepada disiplin anda.
Proses membina kekayaan sebenarnya mengambil masa yang panjang. Justeru, tiada perkara yang lebih penting melainkan disiplin.
Kata beliau, untuk berdisiplin itu sangat susah, menyakitkan dan memerlukan pengorbanan.
Sangat mudah bagi anda untuk hilang fokus. Mungkin tetiba ada keinginan tertentu datang dalam minda, contohnya nak renovate rumah, pergi melancong, tukar kereta dan macam-macam lagi.
Ramai orang tak suka disiplin tetapi disiplin akan membuahkan hasil 🥳.
Kenapa perlu disiplin?
Kata Dave Ramsay, membina kekayaan itu ibarat larian maraton. Ia makan masa untuk menang, perjalanan dia jauh dan rentaknya konsisten.
Ia bukan acara pecut.
Kesimpulannya, jika usaha simpan duit masih tidak membuahkan hasil, tukar simpanan duit kepada simpanan emas.
Usahanya sama, tetapi jenis simpanannya yang berbeza. Perasaan dan jiwa yang dibentuk juga akan berbeza, Insyaallah lebih mudah untuk berjaya dan konsisten.
Semoga bermanfaat
Kredit artikel : MG Syukor Hashim
Wan Mohd Wazir