NOTA 175 : HARGA EMAS DAN PERAK MASIH RENDAH

Saya nak pinjam kata-kata Jack Ma. Orang bertanya “Kenapa kamu sangat berjaya?”. Jawapannya mudah sahaja iaitu “Saya bertindak sementara anda hanya terus membaca dan memerhati..”
kongsi artikel ini

Alhamdulillah, peluang baik ni gais!

Harga emas dan perak masih berada di paras rendah berikutan penurunan harga buat seketika waktu beberapa hari sebelum ini hingga sekarang.

Ketika kita sedang mencari harga emas paling murah, kita sebenarnya akan kehilangan harga emas yang sedang murah.

Kenapa harga tetiba rendah?

Saya bangga memetik ulasan teknikal harga emas oleh Mahaguru Syukor Hashim sebagaimana berikut;

✅ Ia berpunca daripada Laporan pekerjaan US (Non Farm Payroll) atau singkatannya dipanggil NFP.

✅ Laporan NFP mengukur berapa banyak pekerjaan yang dicipta atau hilang setiap bulan. Laporan ini biasanya dikeluarkan pada jam 8.30 pagi waktu US, hari Jumaat minggu pertama.

✅ Laporan ini SANGAT PENTING kerana ia menggambarkan kekuatan ekonomi US. Kekuatan ekonomi US diukur dengan melihat berapa banyak pekerjaan yang tercipta (atau hilang) setiap bulan.

✅ Pakar ekonomi US membuat jangkaan peluang pekerjaan bulan Julai adalah 870,000 sahaja. Namun apabila laporan sebenar dikeluarkan, didapati jumlah pekerjaan yang dicipta pada bulan Julai 2021 adalah 943,000. Ini menggambarkan pasaran kerja US semakin pulih.

✅ Ekonomi US yang kuat menyebabkan duit USD turut menguat. Ia akan merancakkan pasaran saham namun akan MENJATUHKAN HARGA EMAS. Pelabur akan menjual emas dan menukarkan aset ke dalam bentuk USD.

Sesuai tak beli emas pada harga sekarang?

✅ Secara teknikal, saya cakap YA. sesuai beli sebab harga emas berada di paras terbaik untuk dimiliki sekarang.

Apa tindakan yang perlu buat sekarang?

✅ Yang memilih posisi penyimpan tegar, fokus kepada tambah gram dalam akaun emas GAP

✅ Yang memilih posisi peniaga, fokus kepada tambah stok bisnes dengan harga murah

✅ Yang memilih posisi pelabur, fokus kepada belian gram yang besar dan rendah spread

✅ Yang baru nak aktif semula, mulakan semula hari ini

✅ Yang baru nak kenal emas, kenalilah mulai hari ini

✅ Yang dah lama setia dengan emas, teruskan beli emas dengan senyuman

✅ Yang dah lama berkira nak jadi dealer, ambil tindakan hari ini

✅ Yang dah lama mengidam nak beli emas fizikal, tunaikan hasrat tersebut hari ini

✅ Yang suka buat komitmen tetap bulanan, belilah secara ansuran syariah EPP hari ini

✅ Yang baru nak bermula buka akaun emas GAP untuk anak-anak dan famili, terus daftar dan buat belian serendah rm100 hari ini.

✅ Beli dan simpan 1 gram atau sekurang-kurangnya RM100

✅ Bagitahu kepada sahabat dan ahli keluarga kita yang lain

Ramai ke yang beli emas beberapa hari ini?

✅ Tinjauan saya dalam Team RTE Champion, lebih RM3 juta belian emas dan perak telah dibelanjakan kurang dari seminggu sepanjang penurunan harga.

Jadi?….

Saya nak pinjam kata-kata Jack Ma. Orang bertanya “Kenapa kamu sangat berjaya?”. Jawapannya mudah sahaja iaitu “Saya bertindak sementara anda hanya terus membaca dan memerhati..”

Begitulah.

Wan Mohd Wazir

Like facebook @rtechampion
Penafian: Artikel yang diterbitkan berdasarkan kepada pengalaman penulis. Tidak dibenarkan untuk ‘copy and paste’ sebarang artikel yang diterbitkan dan dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya masih berhasrat untuk komersilkannya, hubungi penulis di support.notaemas.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.