NOTA 2 : NAK PILIH EMAS YANG MACAM MANA?

Makin kecik jurang perbezaan harga ini maka kita boleh simpulkan makin bagus emas tersebut untuk dijadikan sebagai emas pelaburan.
kongsi artikel ini

Emm. Meriah pulak mlm ni dengan item Dinar Emas ni. Mak Bapak gembira anak-anak dapat banyak duit raya kot. Dalam PKP pun tak menghalang sedara mara jiran tetangga bertukar-tukar juadah dan duit raya. Ada yg kirim sampul raya dan ada juga yang transfer online. Anak-anak saya duk kira, dpt RM400 sorang utk arini. Hahahahahaha.

Untuk rekod, tahun 2000 harga 1 gram emas adalah sekitar rm35/gram dan 20 tahun selepas tu, 2020 harganya sudah melangkau kepada rm260/gram. Kenaikan hampir 8 kali ganda dalam masa 20 tahun.

Ada yang tanya saya apakah ciri-ciri emas pilihan yang terbaik? Ringkasnya;

1. Emas tulen dalam bentuk fizikal yang ada pengesahan pakar bertauliah (assayer). Tak perlu pening-pening nak test balik emas tu tulen atau tidak kat mana-mana kedai / lokasi.

2. Perbezaan harga belian & jualan balik (spread) yang rendah/kecik. Macam mana nak kira? Harga beli – Harga yg akan jual balik / harga beli x 100. Makin kecik jurang perbezaan harga ini maka kita boleh simpulkan makin bagus emas tersebut untuk dijadikan sebagai emas pelaburan.

3. Boleh buat belian dan jualan balik secara online 24 jam dengan menggunakan harga semasa emas dunia/Malaysia.

4. Ketulenan emas. Pilih emas yang mempunyai ketulenan 999.9 atau sesetengah daripada kita memanggilnya dengan nama emas 10 yang dikategorikan sebagai emas 24 karat.

5. Harga yang kompetitif iaitu harga emas yang tidaklah berlampau tinggi berbanding dengan harga emas dunia (www.kitco.com).

Itulah aje dulu. Banyak-banyak kan pening pulak. Hadam dulu. Tak faham boleh tanya.

Saya ada sediakan landing page sementara untuk blog rasmi saya WanMohdWazir.com sebelum dilancarkan sepenuhnya menjelang Jun 2020 nanti. Bolehlah polo slow-slow.

Tu je nok kabo. Matriye 😬🌷

Like facebook @rtechampion
Penafian: Artikel yang diterbitkan berdasarkan kepada pengalaman penulis. Tidak dibenarkan untuk ‘copy and paste’ sebarang artikel yang diterbitkan dan dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya masih berhasrat untuk komersilkannya, hubungi penulis di support.notaemas.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.