NOTA 1 : BELI HANGUS ATAU TUKAR?

“beli emas” adalah “tukar duit kertas kepada duit kekal / aset kekal”. TUKAR yang tidak membawa maksud HANGUS!
kongsi artikel ini

Selalu bila sebut “beli emas”, ramai yang faham perkataan “beli” tu adalah hangus. Belian yang tak mendatangkan apa-apa manfaat melainkan HABIS DUIT. Betulkan? Memang minda kita fokus kepada isu tersebut. Tapi hakikatnya “beli emas” adalah “tukar duit kertas kepada duit kekal / aset kekal”. TUKAR yang tidak membawa maksud HANGUS!

Cerita 2008. Ni tahun pertama saya terlibat secara serius dengan emas. Sakan menuntut ilmu waktu tu. Banyak try & error. Waktu ni tak ramai lagi yang celik dengan emas. Ingat lagi waktu tu, harga belian emas 999.9 sekitar RM120/gram. So saya buat keputusan untuk beli dalam 700 gram dengan harga RM84k+-. Korek duit simpanan semata-mata untuk beli emas, untuk buat simpanan dan dalam masa yang sama buat jualan dan pelaburan. Ternyata usaha dan pengorbanan tersebut tak sia-sia.

Sekarang, tahun 2020 harga untuk 700 gram emas 999.9 tersebut sudah menjangkau kepada RM182k. Beza sekitar RM98k. Jumlah gram masih sama, 700g tetapi harga berbeza dengan kenaikan sekitar 117% (betulkan kalau saya salah) atau kalau ditukarkan kepada gram, emas ni dah beranak daripada 700g kepada 1.5 kg dalam masa 12 tahun.

Alhamdulillah. Insyaallah mulai minggu ni saya akan selalu berkongsi ilmu emas ni kepada semua. Waktunya adalah malam pada hari kerja atau siang/malam pada hari minggu.

Saya pun tengah nak susun balik ilmu yang ada dalam satu blog khas saya di wanmohdwazir.com. Kawan-kawan boleh polo jika berminat. Nanti snap dan simpan NOMBOR KUNJUNGAN tu ye. Mana tahu, kot-kot saya mimpi untuk bagi emas percuma atau diskaun khas kepada yang bertuah. Hahaha. Buat masa ni saya buat landing page je dulu dan Insyaallah blog ini akan dilancarkan sepenuhnya Jun 2020 ini beserta dengan e-book. Doakan semoga usaha ini berjaya 😬😆

TQ.

Kongsikan jika ia boleh membantu ramai orang.

Like facebook @rtechampion
Penafian: Artikel yang diterbitkan berdasarkan kepada pengalaman penulis. Tidak dibenarkan untuk ‘copy and paste’ sebarang artikel yang diterbitkan dan dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya masih berhasrat untuk komersilkannya, hubungi penulis di support.notaemas.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.