Alhamdulillah. Ringkas je petang ni.
80% bisnes atau kejayaan atau apa-apa sahaja dalam hidup adalah bergantung kepada mentaliti.
Cara yang paling mudah nak bina kejayaan dengan cepat adalah CARI MENTOR dan TIRU KEJAYAAN yang dah dikecapi mereka.
Apakah ciri-ciri mentor yang baik?
Menurut Profesor Linda Hill dari Harvard, mentor yang efektif ada 3 ciri iaitu;
✅ 1. Mereka yang meletakkan standard yang tinggi
✅ 2. Mereka yang menjadikan diri mereka sentiasa ada pada protege mereka
✅ 3. Mereka yang menurunkan pengalaman dengan mengemudi protege ke arah inisiatif-inisiatif yang baik dan penting secara berkumpulan
Selain itu ciri-ciri tambahan lain bagi mentor yang efektif adalah;
✅ 1. Orang yang berjaya dan disegani
✅ 2. Memiliki kemahiran membangunkan orang lain
✅ 3. Menjadi pendengar dan pembantu yang baik dan berkesan
✅ 4. Faham dengan baik cara protege mereka berlatih
✅ 5. Mempunyai akses kepada maklumat penting
✅ 6. Orang yang dapat membantu dalam kerjaya masing-masing
✅ 7. Tulus dan berterus terang semasa berurusan
✅ 8. Mempunyai ‘chemistry’ bersama protege
Ahli psikologi, Timothy Butler dan James Waldroop menerangkan bahawa orang yang memiliki ciri-ciri ini adalah orang yang dapat menanam semangat hidup kepada orang lain melalui coaching dan mentoring.
Cari mentor untuk bantu kejayaan kita!
Siapa mentor anda?
Listkan di bawah.
ANDA RASA SAYA ADA MASA UNTUK SAKIT KEPALA? 😬
Wan Mohd Wazir
Mentor saya adalah Mahaguru Emas Syukor Hashim.