NOTA 34 : KAEDAH KONSISTEN SIMPAN EMAS SETIAP BULAN

Terdapat 6 kaedah mudah untuk diamalkan, cubalah!
kongsi artikel ini

Alhamdulillah. Dah lama nak tulis topik ni. Tapi tak kesampaian. Mohon maaf ye. Dalam kepala saya banyak strategi yang nak dikongsikan di sini. Cuma nak menulis ada sedikit kekangan dan ia memakan masa.

Jadi pagi ni saya cuba juga untuk kongsikan satu strategi ringkas kaedah konsisten simpan emas setiap bulan.

Ada beberapa kaedah yang sesuai dan mudah dipraktikkan. Saya senarai 6 kaedah mudah iaitu;

✅ Kaedah 1 : Beli terus 1 gram emas setiap bulan. Harga buat masa ni adalah sekitar Rm260. Rata-rata pengumpul emas 1 gram 1 bulan tidak ambil hirau sangat dengan pergerakan harga yang berlaku. Mereka selalu mengamalkan beli, simpan dan lupakan. Bila sampai masanya, baru usha-usaha harga. Kaedah ni kaedah yang paling ramai orang buat.

✅ Kaedah 2 : Beli emas RM100 sebulan secara tetap. Boleh buat arahan bayaran melalui akaun bank simpanan masing-masing atau beli secara manual dengan Public Gold. Kaedah ini juga antara yang paling glemer diamalkan. Nampak macam kecil, tapi usaha berterusan membuahkan hasil yang sangat baik. Public Gold memang menyediakan pakej belian emas dengan jumlah tersebut. Caranya cukup mudah dan mampu beli. Jumlah emas yang diterima adalah sekitar 0.38 gram. Belian kaedah ini akan mengambil masa 3 bulan untuk mencukupkan jumlah simpanan emas 1 gram dalam akaun.

✅ Kaedah 3 : Simpan RM10 sehari : Ada juga di kalangan penggemar emas menyimpan melalui kaedah tabungan RM10 sehari. Cukup sebulan, simpanannya dah mencecah RM300 dan membolehkan untuk beli emas 1 gram 1 bulan.

✅ Kaedah 4 : Simpanan RM5, RM10 & RM20 : Saya lihat, ramai sahabat saya yang gemar menyimpan duit hijau, merah dan oren setiap bulan. Sampaikan nama tabung pun mengikut warna note duit yang disimpan. Apa salahnya setelah cukup sebulan, duit tersebut ditukarkan ke dalam bentuk emas. Duit ni dah sah sah duit simpanan jangka panjang kan? Why not, tukar hijau, merah dan oren kepada KUNING.

✅ Kaedah 5 : Kumpul duit sekeluarga : Ada juga di kalangan sahabat saya yang mengamalkan kaedah macam ni. Nampak macam biasa-biasa, tapi hasilnya luar biasa. Setiap hari, ada sorang bendahari dalam rumah yang buat kutipan atau pun sediakan tabung khas. Si ibu serahkan baki duit belanja harian ke dalam tabung. Si bapa pun sama. Manakala di anak, disyaratkan menabung RM1 sehari hasil daripada simpanan duit belanja sekolah. Bila dicampur-campur, cukuplah untuk beli 1 gram emas sebulan atau 2 gram emas sebulan. Mungkin kalau kita buat sorang-sorang tak kesampaian dan membosankan, tapi kalau bergabung kita lebih dari mampu.

✅ Kaedah 6 : Duit Kutu bulanan : Cara ini juga menjadi salah satu cara yang paling berkesan. Bayangkan kalau Duit Kutunya RM50 seorang dan ahlinya 10 orang sebulan. Setiap bulan dah boleh dapat 2 gram. So apa lagi?

Banyak lagi kaedah mudah yang biasa diamalkan. Semuanya atas kreativiti masing-masing. Ada di antara kenalan saya, yang hanya bergaji RM1500 sebulan, mampu menyimpan 1 kg emas dalam masa 5 tahun. Bila ditanya, rupanya semua duit OTnya disimpan dalam bentuk emas. Maka tak hairanlah kehidupan yang biasa-biasa boleh bertukar kepada luar biasa dek kerana simpanan emas, bukan simpanan dalam bentuk duit.

Buatlah sekarang.

Like facebook @rtechampion
Penafian: Artikel yang diterbitkan berdasarkan kepada pengalaman penulis. Tidak dibenarkan untuk ‘copy and paste’ sebarang artikel yang diterbitkan dan dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya masih berhasrat untuk komersilkannya, hubungi penulis di support.notaemas.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.