NOTA 18 : BELI EMAS CARA DIY (SIRI 1)

Pembeli akan beli emas fizikal secara online dan emas tersebut akan terus disimpan di dalam peti simpanan emas secara percuma. Pembeli bebas mengeluarkan emas fizikal bila-bila masa yang mereka suka tanpa had.
kongsi artikel ini

✳️ Ada kaedah terbaik untuk beli emas?
✳️ Ada buat simpanan emas sekali tak?
✳️ Berapa kos simpanan emas?
✳️ Ada simpanan percuma tak?
✳️ Boleh beli emas sikit-sikit tak?
✳️ Berapa kos belian emas yang terendah?
✳️ Berapa kos simpanan emas yang terendah?
✳️ Yang lagi rendah ada tak?
✳️ Nak beli emas apa dulu?
✳️ Beli dan jual balik emas ikut harga semasa tak?
✳️ Bla bla bla bla….

Itulah antara himpunan soalan yang kerap ditanya. Ada beberapa solusi yang dikenal pasti. Tetapi yang paling berkesan pada pengalaman dan amalan saya hanya satu (1) iaitu memilih belian emas fizikal menggunakan Akaun Emas GAP – Gold Accumulation Program.

Saya namakannya sebagai BELI EMAS CARA DIY!

✅ Apa itu GAP?.GAP adalah satu kaedah belian emas fizikal secara online. Ia dikenali sebagai akaun emas online. Akaun yang dimaksudkan adalah mirip akaun bank biasa. Tapi nilai yang disimpan di dalam akaun tersebut adalah gram emas bukannya Ringgit Malaysia. Pembeli akan beli emas fizikal secara online dan emas tersebut akan terus disimpan di dalam peti simpanan emas secara percuma. Pembeli bebas mengeluarkan emas fizikal bila-bila masa yang mereka suka tanpa had. Kaedah ini mampu menyelesaikan masalah berikut;
1. Susah nak cari tempat simpanan emas
2. Mempunyai modal belian emas yang minimum / terhad / bajet

✅ Siapa yang patut memanfaatkan GAP?.
1. Orang yang nak beli dan simpan emas secara Patuh Syariah.
2. Orang yang nak mulakan simpanan emas serendah 1 gram sebulan.
3. Orang yang nak beli dan simpan emas dengan bajet bulanan secara tetap/tidak tetap serendah RM100 sebulan.
4. Orang yang nak beli dan simpan emas tapi tak ada tempat nak simpan dan risau nak simpan sendiri.
5. Orang yang nak beli dan simpan emas tapi duduk jauh dari outlet PG seperti kat pulau, luar bandar, luar negara dan tempat terpencil lain.
6. Orang yang nak beli dan simpan emas tapi sedang belajar di kolej / universiti menggunakan duit peribadi / tajaan.
7. Orang yang nak beli dan simpan emas secara ansur-ansur.
8. Orang yang nak beli dan simpan emas untuk keluarga termasuk anak-anak menggunakan bajet minimum RM100 sebulan.
9. Orang yang nak beli dan simpan emas dengan cara mudah secara online iaitu beli online, pantau online, tambah beli online dan jual online.
10. Orang yang beli dan simpan emas kemudian ada niat nak jual balik emas dengan mudah dan dijamin 100%.

Kongsikanlah dan anggap ia sebagai salah satu amal jariah kita semua.

Bersambung SIRI KE-2 sebentar nanti —>>#Tunggu!

Yang Ikhlas Berkongsi,
Wan Mohd Wazir
– Blog : WanMohdWazir.com
– Daftar dulu di sini : WanMohdWazir.com/daftarpercuma
– Khidmat nasihat percuma : www.wasap.my/+60199362935/

Like facebook @rtechampion
Penafian: Artikel yang diterbitkan berdasarkan kepada pengalaman penulis. Tidak dibenarkan untuk ‘copy and paste’ sebarang artikel yang diterbitkan dan dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya masih berhasrat untuk komersilkannya, hubungi penulis di support.notaemas.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.