NOTA 19 : BELI EMAS CARA DIY (SIRI 2)

Kemudahan simpanan emas fizikal ini adalah percuma, tanpa had masa, tanpa had jumlah emas yang dibeli dan tiada yuran simpanan dikenakan.
kongsi artikel ini

✳️ Apa itu GAP?
✳️ Siapa yang patut memanfaatkan GAP?2 topik di atas saya telah huraikan di dalam posting sebelum ini

Untuk Siri ke-2, saya kongsikan 3 lagi topik yang menarik sebagaimana berikut;

✅ Apakah kemudahan setelah beli GAP?
1. Pembeli dan penyimpan emas diberikan KOD IDENTITI dan KATA LALUAN untuk akses sistem secara online.

2. Belian emas fizikal terus disimpan dalam peti simpanan Public Gold. Kemudahan simpanan emas fizikal ini adalah percuma, tanpa had masa, tanpa had jumlah emas yang dibeli dan tiada yuran simpanan dikenakan.

3. Pembeli dan penyimpan terus boleh menikmati belian dan jualan balik emas dengan harga bajet RM100 atau 1 gram secara online. Urusniaga belian dan jualan balik emas sepanjang 24 jam sehari sepanjang 365 hari setahun tanpa had.

4. Pembeli dan penyimpan boleh menambah simpanan emas dengan gandaan 1 gram pada bila-bila masa. Tiada sebarang syarat wajib beli dalam jumlah tertentu setiap bulan.

5. Pembeli dan penyimpan boleh mengeluarkan emas fizikal berketulenan 999 serendah 1 gram di mana-mana 18 outlet Public Gold seluruh Malaysia tanpa had gram dan masa. Pastikan tinggal 1 gram dalam akaun emas GAP untuk bagi akaun tersebut terus aktif.

✅Ada bayaran tambahan GAP?
1. Tiada bayaran tambahan yang dikenakan ke atas semua belian GAP. Harga yang perlu dibayar adalah harga semasa yang tertera di web Public Gold www.publicgold.com.my.

2. Sekiranya, pembeli dan penyimpan berhajat untuk mengeluarkan emas fizikal dari akaun GAP, ada bayaran GOLD PREMIUM dicaj. Setiap pengeluaran emas fizikal dari akaun emas GAP akan dikenakan caj GOLD PREMIUM sebagaimana belian emas fizikal 999 Public Gold yang lain.

3. Jika emas tersebut kekal di dalam akaun GAP, tiada bayaran dikenakan.

✅ Bagaimana hukum pelaksanaan GAP?
1. Kaedah belian dan jualan balik akaun emas GAP telah disahkan Patuh Syariah oleh Pakar Penasihat Syariah Public Gold, Amanie Advisors Sdn. Bhd.

Beli emas dengan senang hati tanpa had masa dan jumlah gram!

Kongsikanlah dan anggap ia sebagai salah satu amal jariah kita semua.

Bersambung SIRI KE-3 sebentar nanti —>>#Tunggu!

Yang Ikhlas Berkongsi,

Wan Mohd Wazir
– Blog : WanMohdWazir.com
– Daftar & Beli : WanMohdWazir.com/daftarpercuma
– Khidmat nasihat : www.wasap.my/+60199362935/

Like facebook @rtechampion
Penafian: Artikel yang diterbitkan berdasarkan kepada pengalaman penulis. Tidak dibenarkan untuk ‘copy and paste’ sebarang artikel yang diterbitkan dan dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya masih berhasrat untuk komersilkannya, hubungi penulis di support.notaemas.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.