Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah Taala kerana masih dipanjangkan usia untuk memberi manfaat kepada diri sendiri dan sahabat sekeliling, Insyaallah.
Mungkin ramai ibu-bapa yang sedang mencari-cari simpanan dan pelaburan yang bersesuaian dan terbaik yang boleh membantu menampung perbelanjaan masa depan untuk anak-anak masing-masing.
Jadi kali ni saya akan senaraikan bentuk simpanan dan pelaburan yang terbaik untuk masa depan anak-anak iaitu;
✅ 1. Pelaburan terbaik adalah dalam bentuk didikan agama yang sempurna. Anak-anak merupakan “talian hayat” untuk ibu-bapa dan ia sangat disarankan oleh Rasulullah SAW sebagaimana sabda Baginda yang berbunyi “Apabila seseorang anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan untuknya” ~ HR Muslim.
Allahurobbi ❤️
✅ 2. Pelaburan ke-2 terbaik melalui tabung simpanan dan pelaburan berikut;
▶️ Simpanan Akaun Emas – pulangan tahunan adalah sekitar 25%. Kadang-kadang boleh mencecah sehingga 40% tanpa perlu tunggu setahun. Tiada sebarang risiko penyimpanan kerana ditanggung oleh skim insurans khas. Simpanan boleh bermula serendah RM100 atau 1 gram sahaja. Pilihan terbaik dan patuh Syariah adalah Akaun Emas GAP Public Gold.
▶️ Simpanan Tabung Haji – pulangan tahunan adalah sekitar +4%. Jumlah dividen ini semakin mengecil setiap tahun. Tiada sebarang risiko penyimpanan kerana dijamin oleh Kerajaan Malaysia. Simpanan dan pendaftaran haji boleh bermula serendah RM1300 sahaja.
▶️ Simpanan & Pelaburan Amanah Saham Bumiputera – pulangan tahunan adalah sekitar +4%. Jumlah dividen ini juga semakin mengecil setiap tahun. Tiada sebarang risiko penyimpanan / pelaburan kerana dijamin oleh Kerajaan Malaysia. Simpanan dan Pelaburan serendah RM10 sahaja.
▶️ Simpanan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) – pulangan tahunan adalah sekitar +4%. Tiada sebarang risiko penyimpanan kerana dijamin oleh Kerajaan Malaysia. Simpanan serendah RM1 sehari sahaja.
▶️ Pelaburan Unit Trust – pulangan tahunan adalah sekitar +-8% dan tidak tetap. Ada risiko yang perlu ditanggung. Ada tempoh matang dan ada caj jualan balik. Jumlah pelaburan adalah serendah RM1000 sahaja.
▶️ Pelaburan Saham – pulangan tahunan adalah sekitar +-15% dan tidak tetap. Ada risiko yang perlu ditanggung. High risk high return dan sebaliknya. Kena pandai analisis teknikal. Jumlah pelaburan adalah mengikut yang ditetapkan oleh saham-saham terpilih.

Kesimpulannya, jika kita mampu kita boleh manfaatkan kesemua simpanan dan pelaburan di atas untuk masa depan anak-anak. Jika tidak mampu, buatlah pilihan yang terbaik dan lakukan secara konsisten hingga berjaya. Bak kata orang putih “SLOWLY BUT SURELY”.
RICH PEOPLE PLAN FOR 3 GENERATIONS. POOR PEOPLE PLAN FOR SATURDAY NIGHTS.
Apa? Lom ada anak? Buat untuk diri sendiri lah 😬🤩🌷
Wan Mohd Wazir
Suka membantu 😬
#100kRTEPGMy #RTEClub365 #TeamKAB #PowerTeam #TeamKing #TeamQueen
Mingguan Wanita