NOTA 163 : CARA UNTUK HILANG KAWAN DENGAN CEPAT

BERKONGSI ILMU KEWANGAN HANYA dengan MEREKA YANG BERMINAT dalam subjek kewangan.
kongsi artikel ini

Nota ini ditulis oleh Mahaguru Tuan Azizi Ali.

Anda mungkin terkejut untuk mengetahui yang saya TIDAK berkongsi maklumat, strategi dan malah apa2 poin kewangan dengan rakan, rakan sekerja dan keluarga.

Fakta ini mungkin pelik kepada sesetengah orang, memandangkan saya menulis > 30 buku tentang kewangan, memberi ratusan ceramah kewangan sejak tahun 2000 dan sering muncul di media massa berbincang tentang wang.

Mengapa?

✅ 1. Mereka tak minta nasihat saya.

✅ 2. Mereka tak berminat dalam subjek kewangan.

✅ 3. Tujuan mereka bersama dengan saya bukan untuk mendapat nasihat wang.

Jadi itulah mengapa saya TIDAK berkongsi maklumat kewangan bila bersama dengan mereka.

Oh by the way, satu masa dulu (sebelum buku2 saya terbit), saya adalah cuba berkongsi sedikit ilmu kewangan dengan seorang dua rakan sekerja.

Mereka pandang saya semacam! After all, who was I to give them advice on money matters! Selepas insiden tersebut, saya pun belajar untuk TIDAK berkongsi ilmu kewangan dengan mereka.

Mesej post ini? Jangan beria2 nak berkongsi ilmu kewangan yang anda pelajari dengan orang lain. Walaupun niat anda baik, mereka akan pandang anda dengan mata yang serong. (Ingat 3 poin yang saya kongsi di atas) Malah jika anda terus menerus nak cakap pasal wang juga, mereka mungkin tak mahu berkawan dengan anda lagi. Malah ada yang akan melarikan diri daripada anda!

Strategi yang lebih baik ialah untuk BERKONGSI ILMU KEWANGAN HANYA dengan MEREKA YANG BERMINAT dalam subjek kewangan. Seperti yang anda boleh lihat, inilah yang saya lakukan sendiri!

Alhamdulillah, tulisan yang sangat bermanfaat dan semoga menjadi iktibar kepada semua.

Teruskan kayuhan hingga sampai destinasi dan belilah emas dengan senyuman 😬

Kongsikan kepada sahanat kita semua.

Wan Mohd Wazir

www.notaemas.com

Like facebook @rtechampion
Penafian: Artikel yang diterbitkan berdasarkan kepada pengalaman penulis. Tidak dibenarkan untuk ‘copy and paste’ sebarang artikel yang diterbitkan dan dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya masih berhasrat untuk komersilkannya, hubungi penulis di support.notaemas.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.