NOTA 158 : AMALAN SIMPAN 10% GAJI AMALAN MULIA DAN BERKAT

Jika simpanan dalam bentuk wang mendatangkan bencana kepada simpanan kewangan kita, kita masih berpeluang mencuba kaedah-kaedah lain termasuklah simpanan dalam bentuk emas dan perak
kongsi artikel ini

Alhamdulillah. Jumpa lagi pagi ni, mari kita sama-sama berdoa semoga Allah menerima ibadat puasa Ramadan kita pada tahun ini, Allahumma Aameen 😍

Alhamdulillah, hari ini ramai di antara kita yang dapat gaji awal sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang seminggu dari sekarang. Gaji kali ini sangat istimewa sebab dipakejkan dengan bonus raya sebanyak RM500. Jadi tentunya hati makin berbunga-bunga nak sambut hari raya dengan penuh kemeriahan walaupun bersama keluarga atau sorang-sorang diri 😬 dalam rumah 😩😝

Maklumlah, tahun ni tahun ke-2 kita beraya dalam suasana COVID-19. Jadi, jaga diri dan keluarga masing-masing dengan sebaik mungkin 😊

Ok. Apa yang saya selalu lakukan setiap kali dapat gaji? Antaranya;

✅ Buat simpanan

✅ Bayar hutang / pinjaman

✅ Bayar bil utiliti

✅ Beli barang keperluan

✅ Belanja keluarga dan ibu bapa

✅ Bayar zakat bulanan

✅ dan lain-lain yang menjadi rahsia masing-masing

Bercakap soal membuat simpanan, ada di antara kita yang membuat simpanan dalam pelbagai bentuk simpanan seperti;

✅ simpanan wang dalam akaun bank

✅ simpanan wang dalam bentuk saham

✅ simpanan wang dalam bentuk kutu bulanan

✅ simpanan wang dalam bentuk pelaburan

✅ simpanan wang dalam bentuk aset

✅ dan sebagainya

Ada pelbagai kaedah dan semua kaedah ini adalah sangat baik dan dapat membantu menjadikan simpanan kewangan kita lebih baik, kukuh dan bertambah-tambah di masa hadapan, Insyaallah.

Antara pilihan tambahan yang saya selalu amalkan adalah simpanan dalam bentuk emas. Jumlah yang diperuntukkan adalah sebanyak 10% daripada gaji bulanan. Apabila masuk je gaji, tindakan pertama yang diamalkan adalah beli dan simpan emas dalam akaun emas GAP Public Gold.

Hari ini, saya sekali lagi berjaya menyimpan 10% simpanan tersebut dalam bentuk simpanan emas sebagaimana gambar di bawah. Jumlah gram yang diperolehi adalah sebanyak 5 gram emas 999.9.

Begitu juga apabila saya memperolehi insentif daripada Public Gold setiap 20hb dan PG Mall setiap 25hb setiap bulan. Saya masih tetap membuat simpanan dalam bentuk simpanan emas GAP.

Kalau dulu simpanan insentif PG saya mungkin sekitar RM3k RM5k sahaja, tetapi sejak akhir tahun 2020, peratusan simpanan emas saya telah berjaya ditingkatkan daripada 10% kepada 90% simpanan dalam bentuk simpanan emas. Alhamdulillah.

Macam mana nak buat? Yang ni kena menuntut 😬😍

Rumusannya;

✅ saya berjaya simpan 10% gaji bulanan

✅ saya berjaya simpan 90% insentif bulanan PG

✅ saya berjaya simpan 100% insentif bulanan PG Mall

✅ saya berjaya belanja 100% pendapatan bulanan saya

✅ saya berjaya simpan 100% pendapatan bulanan saya

Nampak tak? 😬

Semua ini hasil keberkatan dan kejayaan daripada tabungan / simpanan yang konsisten dilakukan setiap bulan dan tahun.

Jadi, lakukanlah simpanan dalam apa bentuk sekali pun dan pastikan simpanan itu kekal lama. Jika simpanan dalam bentuk wang mendatangkan bencana kepada simpanan kewangan kita, kita masih berpeluang mencuba kaedah-kaedah lain termasuklah simpanan dalam bentuk emas dan perak

Walk the talk.

Simpanlah emas dan perak dengan senyuman 😬

Wan Mohd Wazir

Like facebook @rtechampion
Penafian: Artikel yang diterbitkan berdasarkan kepada pengalaman penulis. Tidak dibenarkan untuk ‘copy and paste’ sebarang artikel yang diterbitkan dan dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya masih berhasrat untuk komersilkannya, hubungi penulis di support.notaemas.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.