NOTA 162 : KISAH SYUKOR HASHIM DAN CARA TERPANTAS JADI JUTAWAN

Untuk menjadi jutawan, anda perlu “BERSEDIA UNTUK BERUBAH!”
kongsi artikel ini

Alhamdulillah. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Walillahilhamd. Salam Eidul Fitri buat semua sahabat yang saya kenali dan tidak kenali. Pagi ni saya nak kongsi cerita pengalaman seorang mahaguru emas saya selama 13 tahun bersama-sama di dalam Public Gold iaitu Mahaguru Syukor Hashim.

Ceritanya bermula macam ni …

Kalau orang tanya saya “En Syukor, apa cara terpantas untuk menjadi jutawan?”

Saya akan jawab… kejap kejap… nak tengok buku. Mungkin jawapan ada dalam buku.

Ya. Memang betul. Jawapan ada dalam buku.

Cara terpantas untuk menjadi jutawan adalah…. Jeng jeng jenggggg……

..

..

..

..

..

Jawapan: kawin dengan jutawan.

Betul ke? Haah. Betul. Itu jawapan dalam buku (bukan buku ini ya)

Namun cara untuk menjadi jutawan biasanya ambil masa yang lambat.

Jadi walaupun tajuk buku adalah “cara terpantas untuk menjadi jutawan” namun hakikatnya ia perlukan masa, ilmu dan pengorbanan.

Satu perkara penting yang saya boleh petik daripada buku ini adalah “untuk menjadi jutawan, anda perlu BERSEDIA UNTUK BERUBAH”

Apa contohnya?

Anda makan gaji, tapi bercita-cita nak jadi jutawan.

Namun, makan gaji lambat jadi jutawan.

Jadi, untuk orang makan gaji, anda perlu bersedia untuk berubah haluan.

Contohnya, makan gaji + buat bisnes.

Dalam kes penulis buku nie, DS Mahadi BZ, beliau terlibat dengan bisnes sebagai perunding kewangan.

Jadi beliau jadi jutawan pada usia 20-an. (Kalau makan gaji, tak mungkin boleh jadi jutawan).

Antara penekanan penulis adalah; Kualiti pertama orang yang nak jadi jutawan adalah “mesti bersedia untuk berubah”.

Saya sendiri, sebelum full time buat bisnes Public Gold, adalah staf universiti Multimedia (MMU). Saya kerja di MMU dari tahun 2001 – 2010 (9 tahun).

Untuk melompat daripada kerja makan gaji kepada bisnes bukanlah senang ye… sebab mindset orang makan gaji adalah “security”.

Lebih mudah untuk bangun pagi, pergi kerja. Hujung bulan dapat gaji. Lepas tu repeat ajer.

Tak payah pikir sales, team dan sales training.

Namun bila nak melompat kepada bisnes, saya terpaksa mengubah mindset kepada “bisnes income nie takde had. Kalau kerja rajin 2 kali ganda, income boleh naik 5 kali ganda.

Jadi. Saya tutup mata. Hantar surat resign dan fokus buat Public Gold.

Alhamdulillah. Sekarang dah 11 tahun.

Tak sedar masa berlalu.

Untuk orang yang makan gaji tapi ada impian besar.

Langkah pertama adalah; Bersedia untuk berubah!

Itulah serba sedikit kisah pengalaman MG Syukor Hashim sepanjang bersama Public Gold. Insyaallah sekarang dan selepas ini ramai lagi yang akan mengikuti jejak langkah beliau dan berjaya menjadi seorang yang Financial Freedom, Insyaallah.

Teruskan kayuhan basikal dan miliki emas dengan senyuman

Wan Mohd Wazir

Like facebook @rtechampion
Penafian: Artikel yang diterbitkan berdasarkan kepada pengalaman penulis. Tidak dibenarkan untuk ‘copy and paste’ sebarang artikel yang diterbitkan dan dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya masih berhasrat untuk komersilkannya, hubungi penulis di support.notaemas.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.