NOTA 37 : RESTU GURU KUNCI KEJAYAAN

Rasulullah SAW pernah berpesan “Pelajarilah ilmu, pelajarilah ketenangan dan kesopanan dan rendahkan diri mu terhadap orang yang kamu ambil ilmunya” – HR At-Tabrani
kongsi artikel ini

Alhamdulillah. Semalam saya berada di Johor Bahru seketika atas beberapa urusan peribadi. Ada sikit masa terluang, saya sempatlah mengadap dan berguru dengan beberapa otai emas JDT yang saya anggap sifu dalam bidang emas ni.

Sifat pertama yang perlu ada pada setiap orang yang menuntut ilmu dalam memelihara adab terhadap guru adalah menghormati gurunya. Rasulullah SAW pernah berpesan “Pelajarilah ilmu, pelajarilah ketenangan dan kesopanan dan rendahkan diri mu terhadap orang yang kamu ambil ilmunya” – HR At-Tabrani

Selalu kita dengar, kalau nak berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi, kita mesti ada guru yang boleh bimbing kita. Guru adalah orang yang dah berjaya dan sanggup untuk tolong kita.

Dengan tunjuk ajar guru, kita dapat kurangkan risiko melakukan kesilapan yang sama berulang kali berbanding dengan mencubanya sendiri. Ia juga dapat jimatkan masa, wang dan tenaga yang terbuang apabila melakukan trial and error.

Bijak pandai selalu mengungkapkan kata-kata “People will follow other people who follow other people”. Maksudnya, orang yang nak mengikuti jejak langkah kita, mereka akan selidiki siapakah guru kita, dari manakah ilmu yang kita pelajari dan sebagainya.

Orang tak akan suka-suka ikut kita kalau kita cuma nampak pandai sebab kita sengaja buat-buat pandai.

Terima kasih guru-guru ku – King Sadiqin Sulong, Kamaruddin Jaffar, Mohammad Saifulddin Hassan dan RAymi Rosli. Mohon terus tunjuk ajar sifu!

Maaf sahabat-sahabat lain kat JB yang tak sempat jumpa.

Like facebook @rtechampion
Penafian: Artikel yang diterbitkan berdasarkan kepada pengalaman penulis. Tidak dibenarkan untuk ‘copy and paste’ sebarang artikel yang diterbitkan dan dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya masih berhasrat untuk komersilkannya, hubungi penulis di support.notaemas.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.