NOTA 28 : NAK PILIH MANA? JONGKONG EMAS ATAU BARANG KEMAS?

Jangan beli emas putih. Harga beliannya memang mahal tetapi harga jualan baliknya terlampau murah
kongsi artikel ini

NOTA 28 : NAK PILIH MANA? JONGKONG EMAS ATAU BARANG KEMAS?

Banyak soalan yang macam ni kan? Tapi apa jawapan yang paling sesuai? Cuba teka? 😬

Emm..yang suka barang kemas mesti cakap barang bagus sebab bla bla bla bla. Bagi penggemar jongkong emas pulak pasti akan cakap jongkong emas lah yang terbaik sebab bla bla bla bla. Betul kan?

Ok, mari kita tengok sama-sama 😬

Ok, kita mula dengan tengok apa manfaat kedua-dua jenis emas ini kepada pembeli.

✅ Jongkong Emas : pilihan yang macam mana menguntungkan? 10 tip penting, cari & beli;

1. Emas jongkong berketulenan 999 (24k).

2. Emas yang harga beliannya dalam kategori sangat patut.

3. Emas yang harga jualan baliknya yang paling tertinggi.

4. Emas yang mempunyai sijil pengesahan ketulenan.

5. Emas yang mempunyai kadar spread yang paling rendah.

6. Emas yang boleh lock harga beli ikut suka waktu kita nak beli.

7. Emas yang boleh lock harga jual balik ikut suka waktu kita nak jual.

8. Emas yang mudah dipajak jika memerlukan duit segera.

9. Emas yang harganya sentiasa dikemaskini setiap jam dan banyak kali dalam sehari.

10. Emas yang mempunyai banyak outlet di Malaysia.

11. Bonus : Emas yang ada jaminan belian semula daripada kedai yang dibeli.

12. Bonus : Outlet emas yang mempunyai stok yang banyak.

13. Bonus : Outlet yang boleh menawarkan bayaran ansuran bulanan yang murah.

✅ Barang kemas : pilihan yang macam mana menguntungkan? 10 tip penting, cari & beli;

1. Barang kemas yang berketulenan 999 (24k) atau berketulenan 916 (22k).

2. Barang kemas yang harga beliannya dalam kategori sangat patut.

3. Barang kemas yang harga jualan baliknya yang paling tertinggi.

4. Barang kemas yang berisipadu tupat / padu.

5. Barang kemas yang mempunyai kos upah terendah.

6. Barang kemas yang dijual bawah paras harga Persatuan Peniaga Barang Kemas Malaysia – FGJAM.

7. Barang kemas yang tiada / kurang batu permata.

8. Barang kemas yang mempunyai kadar spread yang paling rendah.

9. Barang kemas yang harganya sentiasa dikemaskini setiap hari dan banyak kali dalam seminggu.

10. Barang kemas yang mudah dipajak jika memerlukan duit segera. Bonus : Outlet emas yang mempunyai stok yang banyak.

11. Bonus : Outlet yang boleh menawarkan bayaran ansuran bulanan yang murah.

12. Jangan beli emas putih. Harga beliannya memang mahal tetapi harga jualan baliknya terlampau murah.

✅ Sekarang nak pilih Emas Jongkong atau Barang Kemas?

1. Jika mampu, pilih kedua-duanya, boleh melabur dan boleh berhias.

2. Jika kita pilih posisi sebagai pelabur, emas jongkong paling sesuai kerana faktor harga, spread, ketulenan dan keuntungan yang lebih tinggi dalam jangka pendek / panjang.

3. Jika kita pilih posisi pemakai dan berhias, barang kemas paling sesuai kerana rekabentuk dan koleksinya yang menawan.

✅ Apakah kelemahan Emas Jongkong dan Barang Kemas?

1. Emas Jongkong tidak boleh dipakai.

2. Emas Jongkong kena simpan sahaja.

3. Barang kemas tak sesuai disimpan kerana rekabentuknya akan outdated dan harganya akan jatuh banyak.

4. Barang kemas mempunyai kadar spread yang sangat tinggi bila nak dijual semula / trade-in sekitar 20-45% bergantung kepada kedai.

5. Keuntungan pelaburan dalam barang kemas akan mengambil masa yang agak lama disebabkan faktor nombor 3 di atas dan kos tambahan lain seperti kos upah yang tinggi.

6. Pelaburan dalam barang kemas kurang sesuai kerana faktor percampuran ketulenan emas dan batu permata lain.

7. Pergerakan harga untuk barang kemas agak perlahan menyebabkan ia kurang sesuai untuk dijadikan aset pelaburan jangka pendek.

8. Harga belian barang kemas lebih mahal disebabkan ada percampuran lain seperti batu permata, emas putih dan lain-lain.

9. Barang kemas mudah rosak yang boleh menyebabkan harganya menurun disebabkan terpaksa menjual dengan harga emas terpakai.

10. Harga jualan balik barang kemas juga agak rendah disebabkan faktor percampuran ketulenan dan unsur-unsur lain seperti batu permata.

Banyak lagi kalau nak disenaraikan. Insyaallah saya akan tambah dan kemaskini dari masa ke semasa.

Buatlah pilihan berdasarkan citarasa kita dan bukannya citarasa orang lain. Duit kita, kita yang bayar dan kita yang tanggung.

Semoga memberi manfaat kepada semua.

Sekadar berkongsi ilmu,

Wan Mohd Wazir

Like facebook @rtechampion
Penafian: Artikel yang diterbitkan berdasarkan kepada pengalaman penulis. Tidak dibenarkan untuk ‘copy and paste’ sebarang artikel yang diterbitkan dan dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya masih berhasrat untuk komersilkannya, hubungi penulis di support.notaemas.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.