Bila sebut tentang perak, saya teringat kepada bencana tsunami besar di Jepun tahun 2011 lalu. Selepas daripada bencana besar ni, harga perak tiba-tiba melambung sangat tinggi selama 3 bulan ketika itu. Ia telah menyebabkan harga perak berada di paras tertinggi di dunia sejak ia mula diperdagangkan. Sebab itulah perak dikenali dengan jolokan ‘Gold in Future’ oleh ramai pakar ‘precious metal’.
Pada Jun 2012 hingga September 2012, kenaikan harga perak adalah sekitar 30% dalam masa 3 bulan. Masa ni saya masih ingat, keuntungan jangka pendek yang saya berjaya jana dalam tempoh tersebut adalah sekitar RM7 ribu dengan bermodalkan duit sebanyak RM9 ribu belian perak.
✅ 7 sebab mengapa tahun 2020 sesuai beli perak
1. Harga perak masih berada di bawah paras nilai (under value) sebenar. Ia terlampau murah berbanding dengan emas sekitar RM2.98 sahaja untuk segram. Emas pula sekitar RM258 segram buat masa ini. Boleh manfaatkan!
2. Nisbah harga perak kepada emas adalah 79:1 buat masa sekarang. Pada tahun 2008, nisbah yang direkodkan adalah sekitar 88:1 dan tahun 2011 sekitar 30:1.
3. Potensi keuntungan perak adalah 3 kali ganda lebih tinggi daripada emas. Tahun 2010 hingga 2011, harga emas telah naik sekitar 35%, tapi harga perak naik sehingga 100%. Sebaliknya bila harga emas turun 30% selepas itu, harga perak jatuh balik sekitar 60%. Jadi keuntungan dalam pelaburan perak lebih besar daripada emas walaupun risiko pelaburan perak agak tinggi. Nilai sahaja berubah, tapi perak fizikal masih kekal di tangan pembeli dengan jumlah gram yang sama. Jangan risau.
4. Permintaan perak semakin tinggi dalam perindustrian hari ini sekitar 56% daripada permintaan dunia.
5. Perak merupakan wang fizikal satu ketika dahulu. Ia dikenali sebagai dirham dan selari dengan penggunaan emas yang dikenali sebagai dinar. Tidak mustahil ia akan kembali menjadi mata wang dunia di masa yang akan datang.
6. Ramalan yang telah dikeluarkan oleh pakar teknikal juga menunjukkan harga perak dijangka naik tinggi sebagaimana berikut;
Tahun;
– 2019 : harga perak sekitar $20/auns
– 2020 : harga perak sekitar $35/auns
– 2025 : harga perak dijangka sekitar $169/auns
7. Bekalan perak dunia semakin berkurangan dan jatuh sekitar 72.1% dalam tempoh 5 tahun bermula 2011 lalu berbanding dengan permintaannya yang semakin meningkat.
Nampaknya itu je untuk kali ini. Saya akan kupas lagi cerita perak ni di masa-masa yang akan datang, Insyaallah.
Jika nak mula beli dan simpan perak jenama Public Gold, boleh mula mendaftar di wanmohdwazir.com/daftarpercuma dan selepas itu boleh terus buat belian secara online.
Kongsikanlah jika ia bermanfaat kepada semua.