14 point utama telah dikupas dalam Siri Pertama dan Siri Kedua sebelum ini. Berikut saya senaraikan 7 lagi perkara yang menjadi salah faham tentang Public Gold iaitu;
15. INSURANS – Semua emas Public Gold ada insurans tak?
✅ Jawapan : Ya, ada. Memang semua emas PG yang disimpan secara akaun emas GAP mempunyai insurans di bawah kendalian Public Safe.
16. RAKAN STRATEGIK – PG ada buat kolaborasi dengan mana-mana pihak tak dalam industri emas ni?
✅ Jawapan : Ada, banyak rakan strategik yang telah PG jalinkan kerjasama antaranya seperti Nadir Metal Rafineri, Oracle, Vietin Bank Gold, Redtone, Pos Malaysia dan sebagainya.
17. PENGIKTIRAFAN – Public Gold pernah terima pengiktirafan dari mana-mana organisasi tak?
✅ Jawapan : Pernah dan banyak sekali pengiktirafan dalam negara dan luar negara . Ini menunjukan PG memang betul-betul menjalankan urusniaga emas dengan baik dan sangat berjaya dan dikenali ramai.
18. AMLA – Public Gold pernah kena tindakan AMLA (Anti Money Laundering) tak?
✅ Jawapan : PG tak pernah disabitkan atau dikenakan tindakan AMLA disebabkan PG hanya menjalankan urusniaga emas macam kedai-kedai emas yang lain. Straight forward punya bisnes.
19. TEMPOH OPERASI – Public Gold ni dah berapa lama beroperasi? Boleh dipercayai ke?
✅ Jawapan : PG telah beroperasi sejak Mei 2008 lalu. Sahabat-sahabat boleh layari https://publicgold.com.my/index.php/milestone.
20. PEMILIKAN EMAS – Kita beli emas ni, emaa tu jadi hak milik kita 100% tak? atau masih hak PG? Kita boleh pegang dan simpan sendiri?
✅ Jawapan : Emas yang dibeli adalah hak milik 100% pembeli. Pembeli boleh pegang dan simpan sendiri. Jika memerlukan bantuan simpanan emas, PG ada menyediakan kemudahan tersebut secara percuma atau pun berbayar.
21. JAMINAN BELI BALIK – PG jamin beli semula tak semua emas milikinya?
✅ Jawapan : Memang sejak 2008, PG mengamalkan belian semula semua emas miliknya dan juga belian balik emas-emas jenama lain. Yang ni saya akan kongsikan secara terperinci dalam satu entri khas nanti beserta dengan buktinya, Insyaallah.
Alhamdulillah, lengkap sudah 21 perkara yang selalu menjadi salah faham tentang Public Gold. Sahabat-sahabat yang masih tak faham boleh tanya saya terus untuk bantuan. Dalam posting seterusnya, saya akan kongsikan lagi beberapa point yang sangat penting yang masih menjadi tanda tanya kepada para pembeli emas. Tunggu ye!
Semoga memberi manfaat kepada semua.
Saya doakan kalian diberikan kejayaan, Insyaallah.