Alhamdulillah. Selamat petang semua. Saya sentiasa mendoakan sahabat semua berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah Taala selalu, Insyaallah, Allahumma Aameen.
Ok, petang ni saya nak cerita satu topik yang cukup istimewa buat saya sepanjang 12 tahun bersama Public Gold iaitu keunikan jadi keluarga Public Gold.
🔴 Saya kira ia satu-satunya dalam Malaysia!
Kenapa? Saya senaraikan;
✅ Keahlian Public Gold adalah 100% PERCUMA. Beli je emas, keahlian diberikan secara otomatik. Bukan bayar jumlah tertentu dahulu kemudian baru dapat jadi ahli/dealer.
✅ Keahlian Public Gold tidak mensyaratkan sebarang bentuk KOMITMEN yang perlu dipenuhi pada setiap masa, setiap hari, setiap bulan, setiap tahun. Malah keahliannya akan hidup sampai bila-bila.
✅ Kita bebas tentukan posisi kita. Kita nak jadi pembeli sahaja, penyimpan sahaja, peniaga sahaja, pelabur sahaja atau kombinasi semua dan sebagainya. Kita juga bebas tentukan bila kita nak beli, bila nak jual, bila nak jana keuntungan, bila nak rehat, bila nak aktif dan sebagainya. Mana ada dalam Malaysia, perniagaan yang sangat bebas seumpamanya.
Atas dasar pengalaman dan manfaat yang dah saya nikmati, kalau ada peluang, alang-alang beli emas biarlah jumlah belian tersebut membolehkan kita jadi Dealer Public Gold secara otomatik. Sebabnya;
✅ Dealer adalah orang pertama yang akan menikmati keuntungan. Harga emas naik dealer untung, harga emas turun mendadak lagi untung.
✅ Dealer beli emas untuk diri sendiri pun untung. Jual untuk diri sendiri pun masih untung.
Sebab apa dealer untung?
✅ Sebab dealer akan diberikan rebet atas belian diri sendiri antara 1% hingga 2% daripada jumlah harga belian emas.
✅ Dealer juga diberikan rebet atas jualan semula emas sendiri sebanyak 0.3% daripada jumlah harga emas.
✅ Margin spread untuk dealer juga sangat rendah dan mudah untuk jana keuntungan jangka pendek mahupun jangka panjang.
Kesimpulannya, manfaatkan sebaik-baiknya posisi dealer untuk kepentingan diri sendiri. Kita buat, kita rasa ❤️
Ada soalan? Ajukan di ruangan komen 😬
Selamat Maju Jaya.
Terima kasih semua.
Kongsikan kepada sahabat-sahabat kita yang lain!