NOTA 164 : TABUNG RAYA ANAK DENGAN EMAS 1 GRAM EDISI AIDILFITRI 2021

kayuhlah perlahan-lahan dan Insyaallah ia pasti akan sampai ke destinasi yang dituju. Semua impian akan dapat dicapai dengan kejayaan yang membanggakan.
kongsi artikel ini

Alhamdulillah. Selamat Malam semua, semoga kita berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah Taala selalu.

Bertuah sungguh tahun 2021.

Kenapa?

Sebab Public Gold telah mengeluarkan 3 edisi khas emas 1 gram Aidilfitri sekali gus sepertimana dalam gambar yang bertanda 1, 2 dan 3 di bawah.

✅ Edisi pertama – 2 keping emas 1 gram yang bertemakan Mickey Mouse berserta dengan kotak dan sampul khas raya.

✅ Edisi ke-2 – 1 keping emas 1 gram yang bertemakan suasana beraya di kampung beserta dengan sampul khas raya.

Alhamdulillah, untuk tahun ni 3 orang anak saya berjaya memperolehi duit raya hampir RM1000 setiap seorang walaupun sambutan Hari Raya dalam mode PKP 3.0.

Sepertimana kebiasaan sejak tahun 2010 lagi, saya dan isteri pasti akan menukarkan duit-duit raya tersebut 100% ke dalam bentuk emas.

Ada 2 kaedah yang digunakan untuk menukar duit-duit raya tersebut sebagaimana berikut;

✅ 1. Kaedah 1, saya dan isteri akan membeli dan menyimpan jongkong emas 1 gram emas edisi khas Aidilfitri sebagaimana di dalam gambar.

Harga yang ditawarkan oleh Public Gold adalah sekitar RM285 hingga RM290 sekeping mengikut batch jualan.

Kali ini, edisi yang dikeluarkan hanya terhad kepada 10,000 keping sahaja di seluruh Malaysia. Bertuah sangat yang telah memilikinya.

Lagi pun, anak-anak seronok tengok pelbagai rekabentuk dan tema yang telah dikeluarkan.

Thanks PG 😬

✅ 2. Kaedah 2, saya dan isteri juga akan menyimpan lebihan duit raya yang ada dalam Akaun Simpanan Emas GAP Public Gold. Akaun ini membolehkan kita menyimpan emas serendah RM100 sahaja. Sangat murah dan berbaloi-baloi.

Akaun simpanan emas GAP ini disokong 100% dengan emas fizikal dan memenuhi piawaian Patuh Syariah.

Kawan-kawan yang berminat, boleh mendaftar di sini secara percuma WanMohdWazir.com/daftarpercuma. Selain itu, ibu-bapa juga boleh membuka dan mendaftarkan akaun simpanan emas GAP bersama-sama anak masing-masing.

Simpanan emasnya dijamin selamat dan dilindungi insurans yang berdaftar.

Jadi tunggu apa lagi? 😬

Akhir kata, kayuhlah perlahan-lahan dan Insyaallah ia pasti akan sampai ke destinasi yang dituju. Semua impian akan dapat dicapai dengan kejayaan yang membanggakan.

Wan Mohd Wazir

www.notaemas.com

Like facebook @rtechampion
Penafian: Artikel yang diterbitkan berdasarkan kepada pengalaman penulis. Tidak dibenarkan untuk ‘copy and paste’ sebarang artikel yang diterbitkan dan dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya masih berhasrat untuk komersilkannya, hubungi penulis di support.notaemas.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.