NOTA 165 : TETAPKAN FOKUS DENGAN BETUL

Dalam setiap posisi yang dipilih, penetapan fokus adalah sangat penting. Fokus yang betul akan dapat membantu kita mencapai matlamat yang diimpikan dengan cepat dan jaya, Insyaallah.
kongsi artikel ini

Alhamdulillah. Salam Lebaran buat sahabat semua. Selamat BerPKP. Semoga kita terus tabah dan patuhi peraturan yang telah ditetapkan, Insyaallah.

Tetapkan FOKUS.

Apakah fokus yang perlu ditetapkan?

✅ Bagi penyimpan emas, fokus yang perlu ditetapkan adalah;

1. memastikan simpanan gram emas terus bertambah.

2. membeli dan menyimpan emas secara konsisten tanpa risau turun naik harga.

Jika hilang fokus, target penyimpan emas akan terus ke laut dan berakhir dengan kegagalan.

✅ Bagi penjual emas pula, fokus yang perlu ditetapkan adalah;

1. memastikan stok jualan emas terus bertambah dari masa ke semasa. Bila stok makin bertambah, jualan akan terus meningkat dan sebaliknya.

2. menjadi pengedar / dealer yang berdaftar bagi mendapat insentif jualan yang banyak.

3. membeli pada harga yang rendah dan dapat menjual pada harga yang tinggi.

4. mempromosikan emas untuk jualan dengan kerap dan menarik.

Jika hilang fokus, target untuk menjadi peniaga emas juga akan terus ke laut dan berakhir dengan kegagalan.

✅ seterusnya bagi pelabur emas, fokus yang perlu ditetapkan adalah;

1. memastikan pelaburan emas yang dibuat mendapat keuntungan yang berganda-ganda.

2. membuat pembelian emas yang masa yang tepat.

3. membuat pemilihan jenis emas yang betul dan kadar spread yang paling kecil.

4. Memaksimumkan jumlah pembelian emas.

Jika hilang fokus, target untuk menjadi pelabur emas juga akan terus ke laut dan berakhir dengan kegagalan.

Ringkasnya, dalam setiap posisi yang dipilih, penetapan fokus adalah sangat penting. Fokus yang betul akan dapat membantu kita mencapai matlamat yang diimpikan dengan cepat dan jaya, Insyaallah.

Teruskan kayuhan dan beli emas dengan senyuman 😬

WALK THE TALK

Wan Mohd Wazir

www.notaemas.com

Like facebook @rtechampion
Penafian: Artikel yang diterbitkan berdasarkan kepada pengalaman penulis. Tidak dibenarkan untuk ‘copy and paste’ sebarang artikel yang diterbitkan dan dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya masih berhasrat untuk komersilkannya, hubungi penulis di support.notaemas.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.