NOTA 114 : KISAH KEJAYAAN – 6 BUAH RUMAH INAP HASIL SIMPANAN EMAS

beli emas secara paksa dan konsisten, lagi dan lagi adalah kunci memiliki pelbagai jenis aset lain. Simpan duit? Hang berangan la sampai ka sudah!
kongsi artikel ini

Alhamdulillah. Malam tadi saya jumpa salah seorang penyimpan emas yang menjadi dealer di Sungai Petani, Kedah.

Beliau ajar saya beberapa tip bagaimana simpanan emas beliau membolehkan beliau memiliki 6 buah rumah inap (homestay) yang berharga RM300,000 setiap satu.

Baca betul-betul nota yang saya tulis ni ye;

✅ 1. Beliau memang selalu gagal menyimpan duit. Sekejap-sekejap habis sebab beliau sendiri yang curi duit tu.

✅ 2. Cara terbaik simpan duit ialah dengan beli emas. Itu kaedah paling berkesan bagi beliau untuk pastikan beliau ada duit yang akhirnya boleh mencapai apa saja matlamat kewangan beliau.

✅ 3. Beliau sekarang memiliki bisnes sendiri. Semua mesin-mesin besar yang beliau beli adalah hasil daripada simpanan emas yang dibuat secara konsisten.

✅ 4. 6 buah rumah inap (homestay) beliau juga dibina hasil daripada simpanan emas. Konsisten adalah kata kunci simpanan emas.

✅ 5. Setiap bulan, beliau akan beli emas secara paksa. Macamana caranya? Beliau akan buat belian dengan bayaran ansuran yang patuh Syariah di Public Gold (EPP – Easy Payment Purchase). Ini akan mewujudkan elemen paksaan.

✅ 6. Selesai saja bayaran, beliau akan jual balik emas atau gadai emas. Duitnya akan diguna untuk membeli tanah, membina homestay atau membeli mesin bagi kegunaan bisnes beliau.

✅ 7. Beliau mungkin rugi dan mungkin untung bila menjual emas tersebut. Tapi beliau pejamkan saja mata kalau rugi pun. Itu biasa bagi beliau kerana matlamat beliau lebih besar daripada sekadar rugi sedikit hasil menjual emas tersebut iaitu untuk menukarkan hasil jualan emas kepada tanah, rumah inap (homestay) dan juga mesin.

✅ 8. Tambah beliau lagi, kebolehan menyimpan duit dalam bentuk emas itu mengatasi segala-galanya termasuk sedikit kerugian bila menjual balik emas tersebut.

✅ 9. Sifir beliau mudah. Rugi sikit masa jual emas adalah jauh lebih baik daripada takde duit langsung kalau simpan dalam bentuk duit. Beliau dah bertahun-tahun simpan duit sebelum ini, tapi tak pernah lekat dan tak pernah berjaya.

✅ 10. Pesanan beliau kepada saya; beli emas secara paksa dan konsisten, lagi dan lagi adalah kunci memiliki pelbagai jenis aset lain. Simpan duit? Hang berangan la sampai ka sudah!

Hehehe…

Tapi kagum sungguh saya dengan beliau. Rumah inap (homestay) 6 buah, ada 3 bilik, siap dengan kolam renang bagi setiap unit bernilai RM300,000 setiap satu.

Wow! Semuanya hasil daripada simpan duit dalam bentuk emas.

Harap jadi pengajaran dan panduan bagi semua. Yang penting kena mula simpan dalam bentuk emas sekarang juga.

Kata mentor kewangan, 10% – 30% daripada gaji bulanan mesti ditukar dalam bentuk emas. InsyaAllah nanti kita akan tersenyum.

Ok? Begitulah..

Kredit: Ustaz Khairul Anuar Basri – Founder MD RTE PG

Wan Mohd Wazir

Tukang cerita balik 😬

Like facebook @rtechampion
Penafian: Artikel yang diterbitkan berdasarkan kepada pengalaman penulis. Tidak dibenarkan untuk ‘copy and paste’ sebarang artikel yang diterbitkan dan dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya masih berhasrat untuk komersilkannya, hubungi penulis di support.notaemas.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.