NOTA 176 : 3 KAEDAH MUDAH BELI EMAS FIZIKAL PUBLIC GOLD

Mulai malam tadi, lebih RM55 ribu belian emas telah dilakukan oleh pelanggan-pelanggan di bawah kumpulan peribadi saya dan Insya-Allah jumlah ini akan terus meningkat sepanjang hari ini dan esok selari dengan penurunan harga yang masih konsisten awal pagi ini.
kongsi artikel ini

Alhamdulillah. Bermula malam tadi, rata-rata para penyimpan emas sangat bergembira dengan penurunan harga emas. Sebelum ini, harga bagi akaun simpanan emas GAP Public Gold adalah RM265 untuk 1 gram telah turun sebanyak RM6 kepada RM259.

Rezeki datang bergolek 😍

Penurunan harga emas sebanyak RM6 adalah satu jumlah penurunan harga yang sangat banyak dan wajib dimanfaatkan segera.

Mulai malam tadi, lebih RM55 ribu belian emas telah dilakukan oleh pelanggan-pelanggan di bawah kumpulan peribadi saya dan Insya-Allah jumlah ini akan terus meningkat sepanjang hari ini dan esok selari dengan penurunan harga yang masih konsisten awal pagi ini.

Ayuh segerakan belian emas murah.

Berikut saya senaraikan 3 kaedah belian emas yang boleh dilakukan dengan mudah oleh para pembeli;

✅ Kaedah 1 : Belian emas secara terus (Outright Purchase) –  kaedah ini memberikan kemudahan kepada pembeli untuk membeli dan menyimpan emas fizikal miliknya sendiri di rumah atau mana-mana tempat simpanan yang telah ditetapkan.

✅ Keadah 2 : Belian emas secara akaun emas GAP (Gold Accumulation Program) – kaedah ini memberikan kemudahan kepada pembeli untuk membeli dan menyimpan emas fizikal miliknya sendiri dalam bentuk akaun emas secara dalam talian. Para pembeli akan diberikan satu akaun simpanan emas online sebagaimana akaun simpanan duit di bank dan jumlah belian emas akan ditukarkan ke dalam bentuk gram.

✅ Kaedah 3 : Belian emas secara ansuran bulanan Syariah (Syariah Easy Payment Purchase) – kaedah ini memberikan kemudahan kepada pembeli untuk membeli dan menyimpan emas fizikal miliknya secara bayaran ansuran bulanan selama 6 bulan. Pembeli akan diberikan jadual harga bayaran bulanan dan setelah selesai membuat bayaran penuh, pembeli akan terus diberikan emas fizikal untuk simpanan sendiri.

3 kaedah ini sangat membantu para pembeli untuk memiliki emas fizikal dengan mudah mengikut kemampuan masing-masing pada bila-bila masa yang dirasakan bersesuaian baginya.

Hasilnya, pembeli akan berjaya;

✅ 1. memiliki emas fizikal

✅ 2. menyelamatkan simpanan duit

✅ 3. menambah aset peribadi

Akahirnya, belilah emas dengan penuh senyuman 😬

Wan Mohd Wazir

Like facebook @rtechampion
Penafian: Artikel yang diterbitkan berdasarkan kepada pengalaman penulis. Tidak dibenarkan untuk ‘copy and paste’ sebarang artikel yang diterbitkan dan dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya masih berhasrat untuk komersilkannya, hubungi penulis di support.notaemas.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.