NOTA 80 : 7 CIRI PENIPUAN PELABURAN EMAS
Alhamdulillah. Salam Subuh dan Selamat Pagi kepada semua. Pagi ini kita belajar sikit berkaitan dengan penipuan yang biasa berlaku di dalam pelaburan emas. Ramai sahabat-sahabat saya dah kena.
Dulu, istilah TERSONTOT amat popular. Sampaikan bila ditegur tentang pelaburan atau teknik yang salah, kawan putus kawan, keluarga putus keluarga, adik beradik putus adik beradik dan sebagainya.
✅ Mari kita teliti apakah ciri-ciri penipuan dalam pelaburan emas. Ia adalah perkara paling asas sebelum kita bermula;
🔴 1. Menjanjikan pulangan untung besar – biasanya skim-skim yang diwujudkan bagi tujuan penipuan akan menjanji pulangan yang tetap dan sangat besar setiap bulan kepada pelabur. Pelabur tidak perlu melakukan apa-apa, cukup dengan hanya menyerahkan wang ringgit dan selebihnya syarikat yang akan bantu jalankan operasi.
🔴 2. Pelaburan tanpa risiko – hampir 100% operasi skim penipuan akan menjanjikan pelaburan tanpa risiko. Biasanya kontrak palsu akan dikeluarkan beserta dengan cek yang bertarikh 3 4 bulan yang mendatang sebagai bukti kononnya operasi yang dijalankan adalah betul dan sah di sisi undang-undang.
🔴 3. Terima deposit tanpa lesen – biasanya operasi penipuan yang dijalankan akan meminta bayaran tunai atau deposit terus ke akaun peribadi atau syarikat tanpa apa-apa pembelian produk yang ditawarkan.
🔴 4. Beli emas tiada emas – yang ni paling banyak berlaku dahulu. Beli emas, tapi tiada emas di tangan. Kononnya emas tersebut telah ditukarkan ke bentuk sijil, kontrak, syarikat tolong jual, kumpulan tolong simpan dan sebagainya. Sampai masa, duit lesap, emas hanya tinggal kenangan.
🔴 5. Skim piramid – kaedah ni juga banyak berlaku. Emas hanya jadi alat. Tapi yang lebih-lebih adalah dengan membina rangkaian (pairing) dengan tujuan mendapatkan keuntungan mudah. Sibuk taja menaja dan biasanya orang yang terawal sahaja yang memperolehi keuntungan berganda.
🔴 6. Teknik gandaan emas – teknik ini juga pernah menjerat mangsa yang tamak haloba. Kaedahnya, beli seketul emas 100g kemudian pajak. Bila dapat duit pajakan, beli lagi emas. Proses tersebut diulang-ulang sampai duit di tangan tinggal sikit dan tidak boleh beli apa-apa lagi. Apa yang berlaku, semua emas berada dalam pajakan, hutang pinjaman duit bank bertambah-tambah. Tapi…
🔴 7. Mempamer kemewahan luar biasa – yang ni dah biasa sangat dalam masyarakat kita. Tayang kereta, tayang rumah, tayang duit, tayang akaun bank, tayang semua kemewahan bagi menunjukkan kejayaan program yang ditawarkan. Tapi kejayaan dan kemewahan tersebut hanya sementara atas kebodohan pelabur yang tamak haloba.
Kesimpulannya, belajar untuk kawal diri. Belajar dengan orang yang betul melalui sistem yang betul dan produk yang betul. Kejayaan pasti milik semua. Berpeganglah kepada kata-kata hikmah ini “Slowly but surely”, Insyaallah selamat.
Sumber: Harian Metro
Good luck!
Wan Mohd Wazir
JFMD3S PG000436
WanMohdWazir.com