Alhamdulillah. Salam Subuh dan Selamat Pagi kepada semua. Pagi ini kita sambung lagi pelajaran kita berkaitan dengan emas.
Kali ni kita belajar tentang belian emas secara ansuran bulanan yang berlandaskan syariah yang dinamakan Syariah Easy Payment Purchase (SEPP) atau lebih dikenali dengan nama EPP.
Selain daripada belian secara akaun emas GAP, belian emas untuk harga rendah dan murah juga dapat dibeli melalui kaedah ansuran bulanan yang akan saya terang di bawah. 2 kaedah ni adalah yang paling banyak diamalkan oleh pembeli emas Public Gold.
Mesti ramai pelik kan? Macam mana belian emas secara ansuran dapat sijil syariah. Sebenarnya mudah aje untuk dapat sijil ni, betulkan kaedah belian dan akad jual beli, Insyaallah cara yang kita amalkan akan memenuhi syariat. Ok, saya tak nak panjang-panjang pasal isu ni lagi 😬
✅ Macam mana nak beli emas secara ansuran?
▪️1. Daftar di sini : WanMohdWazir.com/daftarpercuma.
▪️2. Selepas dapat ID dan kata laluan, layari www.publicgold.com.my.
▪️3. Ambil menu LOGIN dan masukkan ID dan kata laluan yang telah diberikan.
▪️4. Seterusnya, tekan pada menu ORDER, pilih PURCHASE ORDER dan buat pilihan emas yang hendak dibeli. Katakan saya pilih 1 dinar (4.25g emas 999).
▪️5. Tekan butang ADD TO CART. Masukkan jumlah yang diperlukan. Saya pilih 1 dinar x 1 keping sahaja.
▪️6. Kemudian, klik pada link CART, semak butiran belian dan klik butang PROCEED TO NEXT PAGE.
▪️7. Pilih OUTLET & BRANCH untuk ambil emas bila habis bayar nanti.
▪️8. Menu PAYMENT nanti pilih Syariah Easy Payment Purchase. Jika belian RM5k ke bawah, jumlah bulan yang maksimum boleh dibuat ansuran adalah 4 bulan, manakala jika lebih daripada RM5k, jumlah bulan yang maksimum boleh dibuat ansuran adalah 10 bulan tanpa apa-apa faedah tambahan lain.
▪️9. Menu seterusnya, pilih PURCHASE FOR MYSELF.
▪️10. Masukkan REMARKS jika ada apa-apa pesanan untuk rujukan Public Gold.
▪️11. Semak butiran belian melalui jadual bayaran yang telah disediakan secara otomatik sebagaimana contoh yang saya sertakan di bawah.
▪️12. Klik butang I AGREE AND UNDERSTAND…
▪️13. Klik butang CONFIRM AND PROCEED TO PAYMENT.
▪️14. Buat bayaran secara online untuk bayaran bulan pertama.
▪️15. Selesai.
▪️Untuk bulan-bulan seterusnya, masuk balik sistem dan buat bayaran online macam biasa. Jumlah bayaran bulanan akan keluar secara otomatik.
✅ Apa manfaat belian emas secara ansuran?
1. Dapat buat simpanan emas secara tetap setiap bulan.
2. Tidak terkesan dengan turun naik harga.
3. Belian ansuran tanpa faedah.
4. Belian berlandaskan syariah.
5. Beli emas dapat emas.
6. Simpanan emas bertambah.
Good luck!
Wan Mohd Wazir
JFMD3S PG000436
WanMohdWazir.com