NOTA 82 : BELIAN EMAS PUBLIC GOLD BOLEH DIWARISI

semua penyimpan dan pembeli emas PG bolehlah memanfaatkan kemudahan yang telah disediakan dan terus membeli dan menyimpan emas dengan hati yang tenang, Insyaallah
kongsi artikel ini

Alhamdulillah. Salam Subuh dan Selamat Pagi kepada semua. Kita sambung lagi pelajaran kita berkaitan dengan emas Public Gold.

Salah satu keistimewaan dan kemudahan yang disediakan oleh Public Gold kepada semua pembeli emas PG sama ada dalam bentuk akaun emas GAP ataupun belian terus fizikal adalah PENAMAAN PEWARIS / PEMEGANG AMANAH. Penamaan Pewaris / Pemegang Amanah ini disediakan dalam sistem aplikasi PG di ruangan NOMINEE.

✅ Tujuannya;

1. Menjadi pewaris / pemegang amanah yang berhak untuk menguruskan semua simpanan dan belian emas pembeli yang mengalami kecelakaan / kemudharatan / ketidakupayaan / meninggal dunia / hilang tanpa dikesan dan sebagainya.

✅ Macammana nak urus?

1. Pembeli emas PG hendaklah mengisi dan menamakan pewaris / pemegang amanah di dalam sistem yang telah disediakan.

2. Setelah pembeli ditimpa kecelakaan / kemudharatan / ketidakupayaan / meninggal dunia / hilang tanpa dikesan dan sebagainya, pewaris / pemegang amanah bolehlah pergi ke outlet PG yang berdekatan dan mengemukakan apa-apa bukti seperti surat hospital, sijil kematian, laporan polis dan sebagainya kepada PG bagi menguruskan simpanan atau belian pembeli.

3. PG akan buat pengesahan yang rapi dan setelah selesai, semua simpanan dan belian emas akan diserahkan kepada waris / pemegang amanah bagi urusan seterusnya.

Oleh itu, semua penyimpan dan pembeli emas PG bolehlah memanfaatkan kemudahan yang telah disediakan dan terus membeli dan menyimpan emas dengan hati yang tenang, Insyaallah.

Good luck!

Wan Mohd Wazir

JFMD3S PG000436 WanMohdWazir.com

Like facebook @rtechampion
Penafian: Artikel yang diterbitkan berdasarkan kepada pengalaman penulis. Tidak dibenarkan untuk ‘copy and paste’ sebarang artikel yang diterbitkan dan dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya masih berhasrat untuk komersilkannya, hubungi penulis di support.notaemas.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.