NOTA 85 : MENGAPA HARGA EMAS BERBEZA-BEZA? – SIRI 2

10 faktor yang mempengaruhi harga emas
kongsi artikel ini

Alhamdulillah. Selamat Pagi kepada semua. Kita jumpa lagi untuk artikel siri ke-2. Pagi ni saya sambung lagi penulisan berkaitan dengan kriteria penentuan harga emas. Disarankan anda memahami isi kandungan SIRI 1 terlebih dahulu

✅ Harga emas berbeza-beza, apakah faktor-faktor yang mempengaruhinya?

🔴 1. Kos bahan mentah – Kos ini menjadi asas utama dalam penentuan harga. Bahan mentah yang mahal / murah akan memberi kesan besar kepada kos-kos lain yang seterusnya.

🔴 2. Kos pengilangan (minting) – kos ini menjadi faktor kedua terbesar dalam penentuan harga emas. Perkhidmatan pengilangan yang terlibat biasanya seperti penyediaan acuan, rekabentuk emas, penyediaan bahan mentah, penentuan kualiti dan sebagainya.

🔴 3. Kos buruh – Buruh yang mahir akan mengeluarkan produk yang lebih berkualiti dalam masa yang ditetapkan. Kuantiti produk juga dapat dipertingkatkan selari dengan permintaan dan penawaran. Sekiranya tiada, syarikat terpaksa mengupah pihak ketiga yang mempunyai kepakaran berkaitan mengendalikannya. Sekiranya menggunakan khidmat pihak ketiga, kos asas akan menjadi semakin tinggi.

🔴 4. Kos pengangkutan – biasanya kos pengangkutan melibatkan proses penghantaran emas dari satu destinasi ke destinasi yang lain dengan lebih efisyen dan selamat. Faktor kenaikan harga minyak juga akan mempengaruhinya.

🔴 5. Kos pengedar – pengedar yang ramai akan meningkatkan lagi permintaan emas di pasaran. Pengedar biasanya akan membuat promosi bagi menjual produk yang telah dibekalkan dan upah mereka dibayar dengan insentif-insentif yang telah ditetapkan.

🔴 6. Kos upah / pertukangan – Ia dinilai dari segi mutu pembuatan, kecantikan, seni ukiran dan sebagainya.

🔴 7. Kos utiliti – Ia juga dikenali sebagai kos melepas dalam sesebuah perniagaan. Sekiranya ia diperolehi dengan lebih murah, harga jualan emas juga akan turut murah dan sebaliknya.

🔴 8. Kos insurans – faktor keselamatan juga sangat dititikberatkan. Ia dapat mengelakkan syarikat daripada mengalami kerugian yang besar sehingga menjejaskan operasi. Ia juga membantu meminimumkan pelbagai risiko di luar jangka.

🔴 9. Kos penilaian ketulenan emas – setelah emas disiapkan, proses seterusnya melibatkan penilaian ketulenan emas. Dengan adanya sijil ketulenan daripada assayer bertauliah, pembeli dapat membeli dengan penuh yakin dan selamat.

🔴 10. Margin keuntungan – Faktor ini juga diambil kira bagi menentukan harga emas. Ia dapat membantu kelangsungan di dalam perniagaan. Untung yang setimpal akan dapat menggerakkan perniagaan dengan lebih baik dalam jangka masa panjang.

Itu je untuk pagi ni. Insyaallah dalam posting seterusnya, saya akan ulas sikit lagi berhubung perkara ini. Semoga bermanfaat untuk semua.

Terima kasih kerana baca dan berkongsi. Selamat Maju Jaya.

BELI EMAS DENGAN ILMU

Like facebook @rtechampion
Penafian: Artikel yang diterbitkan berdasarkan kepada pengalaman penulis. Tidak dibenarkan untuk ‘copy and paste’ sebarang artikel yang diterbitkan dan dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya masih berhasrat untuk komersilkannya, hubungi penulis di support.notaemas.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.