Alhamdulillah. Jumpa lagi kita dalam entri terbaru saya malam ni.
Nampaknya, sepanjang 5 hari di bulan Mac, seramai 1000 orang penyimpan baharu telah merebut peluang untuk membeli dan menyimpan emas jenama Public Gold. Jumlah ini menunjukkan bahawa orang ramai sedang berpusu-pusu merebut peluang untuk membeli emas dengan harga terendah pada tahun ini.
Jumlah belian emas Public Gold setakat 5 Mac 2021 di bawah kelolaan RTE adalah sebanyak RM 2.3 juta dengan purata belian sehari sebanyak RM 500 ribu. Masyaallah Tabarokallah.
Sebagaimana yang kita ketahui, paras harga emas terendah pada tahun ini adalah sekitar RM240 pergram.
Penurunan ini adalah fenomena biasa yang berlaku hampir setiap tahun. Kebiasaannya, harga emas akan mula mendaki semula bermula Mac hingga November, Insyaallah.
Minggu ini mungkin minggu akhir penurunan harga emas dan selepas ini harga emas akan kembali mendaki beransur-ansur. Harga emas dijangka kembali berlegar-legar di paras USD1800 hingga 2000/oz.
Bagi pembeli emas yang mengambil posisi sebagai penyimpan tegar emas, penurunan dan kenaikan harga emas langsung tidak memberi kesan kepada matlamat asal mereka.
Simpanan emas mereka makin bertambah-tambah. Jika harga emas turun, ia merupakan satu rahmat. Mereka dapat membeli dan menyimpan emas dengan lebih banyak / besar sepanjang tempoh tersebut berbanding dengan jumlah wang yang dibelanjakan.
Kesimpulannya, dengan adanya ilmu yang mencukupi, kita mampu membeli emas dengan senyuman 😬 dalam pelbagai keadaan yang berlaku, Insyaallah.
Wan Mohd Wazir